CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Berhenti Cerita Bukan-bukan, Kami Kawan Je' - Niezam Zaidi

28-4-2022 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1921| Komen: 3

Gara-gara berkongsi gambar bersama Farisha Iris di media sosial, pelakon Niezam Zaidi mengakui tidak selesa orang ramai membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.



mStar

Enggan terus menjadi mangsa gosip, Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 30, menegaskan hubungan dia dan penyanyi tersebut tidak lebih dari sekadar berkawan.

“Saya harap orang di luar sana tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan fitnah. Hubungan saya dengan Farisha hanyalah sebagai rakan kerja.

“Bila saya membaca komen-komen selepas cerita tersebut keluar, banyak yang bercakap tentang perkara tidak benar.


"Jadi saya harap selepas ini tidak lagi timbul cerita yang bukan-bukan,” katanya ketika dihubungi mStar.


IG Niezam

Katanya, dia masih lagi solo dan terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana wanita, namun bukan ke arah bercinta.

“Saya mahu beri fokus kepada agama, keluarga dan kerjaya buat masa sekarang. Namun jika bertemu jodoh dengan mana-mana wanita saya tidak menolak,” jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 29-4-2022 02:00 AM
Betoi kata orang yeop.  Onglaki kalo takde bini memang serabai takde sape nak urus.  Miker ni senang je umpannye.  Nak ompompuan yang cerah2 belake macam si Nonny tu.  Last2 kamu humban dalam besen plastik.  Udah naik sasau dia.  Miker udah tak lalu nak tunjok alim kan?  Anu pon dah merenyut.  Pasti kali ini miker bertunang pulak nak tunjok betoi.  Tapi sampe ke pelamin ke idak nanti yeop..  
Quote slyfynx 29-4-2022 02:07 AM
Saya mahu beri fokus kepada agama, keluarga dan kerjaya buat masa sekarang. Namun jika bertemu jodoh dengan mana-mana wanita saya tidak menolak,” jelasnya.


Ntah la. Maybe sbb sgt byk penunggang skrg, aku just fikir ni ayat menyucikan diri je pas kantoi hr tu.
Yep, hati aku mmg hitam
Quote TabletSusu 29-4-2022 12:11 PM
slyfynx replied at 28-4-2022 06:07 PM
Ntah la. Maybe sbb sgt byk penunggang skrg, aku just fikir ni ayat menyucikan diri je pas kantoi h ...

kantoi pasai apa? aku mcm x tau citer.. story sikit sly..!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.030496 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top