Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, kebanyakan jalan sudah mula dipenuhi kenderaan termasuk di Pelabuhan Merak.
Bahkan, kesesakan itu juga berlarutan sehingga ke Gerbang Tol Merak, lapor Kompas.com. Seorang pengguna, Ridho, 32, yang terkandas dalam kesesakan jalan raya di Gerbang Tol Merak berkata, dia terpaksa berjalan sejauh lima kilometer untuk mencari tandas bagi membuang air besar. Katanya, dia sudah bertolak dari rumahnya sejak Selasa lalu untuk mengelakkan kesesakan.
Jelasnya, perjalanannya asalnya berjalan lancar, namun trafik mula tidak bergerak ketika menghampiri pintu keluar Tol Merak. “Kenderaan tidak bergerak langsung kira-kira lima kilometer dari susur keluar tol. “Saya malah berasa kesal kerana tiada tandas bergerak berhampiran lebuh raya yang sesak ini. “Tandas baharu ada di kawasan tol, jadi saya terpaksa berjalan kaki,” katanya. Ridho yang melakukan perjalanan pulang ke Bandar Lampung memahami kesesakan lalu lintas itu, kerana menyedari jumlah pengguna yang akan menyeberang ke Sumatera semakin meningkat. Sumber: Utusan
|
FOTHER-MUCKER replied at 28-4-2022 05:45 PM
Tahun depan Spare scooter letak dalam boot.
Nnoor2 replied at 28-4-2022 05:47 PM
Gila reporter cari...mati2 akak ingat kejadian di Malaysia....
ultra78 replied at 28-4-2022 08:06 PM
Reporter cari tak perlu tag Tempatan atau Dunia. Selalu buat orang keliru
Nnoor2 replied at 29-4-2022 06:12 AM
Ye la...sekarang dah x de kategori dah....
Decaffeinated replied at 29-4-2022 07:16 AM
masih ada. cuma thread wartawan cari kebal filter.
ADVERTISEMENT