CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesam Lebam Di Pipi Bongkar Penderaan Bapa Tiri Terhadap Dua Beradik

28-4-2022 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2654| Komen: 27

Alor Setar: Kesan lebam di pipi kiri dan kanan seorang murid perempuan berusia lapan tahun membongkar kejadian dia dan adiknya menjadi mangsa dera bapa tiri mereka.


Kejadian itu disedari guru kelas murid tahun dua sebuah sekolah kebangsaan di bandar raya ini selepas ternampak kesan lebam pada pipi mangsa seperti dipukul ketika dalam kelas pada 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, apabila ditanya guru berkenaan, murid terbabit beritahu dia dipukul oleh bapa tirinya.


Gambar Hiasan

Menurutnya, guru mangsa kemudiannya memanjangkan perkara ini kepada guru kaunseling dan pentadbiran sekolah sebelum merujuknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Setar untuk tindakan lanjut.


"Pihak JKM kemudiannya ke sekolah itu semalam dan tampil ke Balai Polis Alor Setar untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Adik perempuan mangsa yang berusia enam tahun turut dibawa bersama kerana disyaki turut dipukul," katanya.

Ahmad Shukri berkata, setakat ini keterangan pengadu dan pegawai JKM yang menerima aduan awal sudah dirakamkan.

"Selain itu, temubual terhadap kedua-dua mangsa turut dijalankan dan mereka memberitahu dipukul oleh ayah tiri mereka.

"Kedua mangsa kemudiannya dirujuk bagi membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan diiring polis dan pihak JKM," katanya.

Ahmad Shukri berkata, pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan terhadap mereka mengesahkan kecederaan dialami kedua mangsa itu dipercayai akibat dipukul.

Beliau berkata, kedua mangsa kemudiannya ditahan wad untuk pemantauan lanjut pegawai perubatan.

"Mangsa pertama turut mengalami luka di kepala dan bengkak lebam di kedua-dua belah pipi.

"Selain itu, mangsa juga beritahu dia turut ditendang oleh bapa tiri di belakang badan sehingga mengalami kesan lebam.

"Adik mangsa pula mempunyai kesan parut lama di dahi," katanya.

Ahmad Shukri berkata, setakat ini pasukan operasi masih berusaha untuk mengesan dan menangkap bapa tiri mangsa berusia 33 tahun untuk membantu siasatan.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 28-4-2022 05:16 PM
syabas pd cikgu yg prihatin.
terus jd kes polis.bangsat punya bapak tiri.mak dia pun sama lapar jantan.
akak baca part budak ni kene tendang pun akak dh rs menyirap nk balas dendam kt pak tiri dia.
dgn budak2 mmg la ko berani
pegi cara lawan yg setara sama ko la jantan sial
Quote shernazz 28-4-2022 05:50 PM
Celaka sungguh la
Penakut plak tu..
Elok kena tujal dek.polis nanti dalam lokap
Quote felinecat 28-4-2022 06:05 PM
Mak die xperasan ke anak lebam.. Hantu betul bapak tiri
Quote Pixie902 28-4-2022 06:07 PM
Semuga mamat durjana ni beraya di lokap.
Mana maknya?  Biarkan je anak2 kena pukul, tunggu mati baru nak menyesal.
Quote Suchi 28-4-2022 06:12 PM
Aik ni berita lain tak sama yg aritu ke? Sbb hat tu pun kat kedah gak.

Quote Artemesiaa 28-4-2022 06:18 PM
Nasib bila ber pak atau mak tiri jarang dapat yang baik2
Quote eyansss 28-4-2022 06:45 PM
mak dia mana?  takde langsung disebut…
Quote Orenn1 28-4-2022 06:48 PM
cmf_premierleag replied at 28-4-2022 05:16 PM
syabas pd cikgu yg prihatin.
terus jd kes polis.bangsat punya bapak tiri.mak dia pun sama lapar jant ...

Kan bagus cikgu tu, prihatinn, tindakan dia tu dapat selamatkan budak2 tu dr terus disiksa. Patutnya jkm ambil terus budak2 mcm ni, pegi mintak kat court sbb sah2 parent yg ada iaitu mak dorg gagal memberi perlindungan pd budak tu. Lucutkan hak dia pd budak2 tu. Buat sistem mcm ni. Jgn bagi balik budak2 tu kat parents tak bertanggungjwb ni.
Quote faraway1 28-4-2022 06:56 PM
Syabas cikgu ambil berat jika tidak menambah bilangan budak mati dibunuh anggota keluarga sendiri..
Maknya harap masuk penjara juga..
Quote TeropongThaico 28-4-2022 06:56 PM
Terima kasih cikgu
Quote cmf_premierleag 28-4-2022 06:57 PM
Orenn1 replied at 28-4-2022 06:48 PM
Kan bagus cikgu tu, prihatinn, tindakan dia tu dapat selamatkan budak2 tu dr terus disiksa. Patutn ...

Iya...bagus cikgu tu prihatin dan terus report polis..biar polis setelkan je bapak tiri tu.
I bet cikgu mesti trauma juga lps dengar penjelasan budak ni kenapa badan dan pipi dia lebam2.
Kalo aku jd cikgu tu,mmg komfem depan budak tu aku nangis2 gak sbb kenot imajin tenaga dan tubuh dia yg kecil tu kene hadap seksaan mcm ni
Ms baca kes bella kene pijak dgn siti bainun gemok obesiti tu pun akak dah nangis juga sbb bleh imejin betapa bella tak mampu nk monta tolong sapa2 ms tu
Akak mmg pantang dgr budak kene dera ni sume
Quote kepompong 28-4-2022 07:03 PM
Suchi replied at 28-4-2022 06:12 PM
Aik ni berita lain tak sama yg aritu ke? Sbb hat tu pun kat kedah gak.

yg haritu mana? usus pecah?
Quote amyza82 28-4-2022 07:07 PM
Buat mak2 yg lagi syg laki dari anak, baik korang hantar budak2 kat umah anak yatim.
Quote sayawifenikmie 28-4-2022 07:19 PM
---- setannnn !!!
Quote Orenn1 28-4-2022 07:30 PM
cmf_premierleag replied at 28-4-2022 06:57 PM
Iya...bagus cikgu tu prihatin dan terus report polis..biar polis setelkan je bapak tiri tu.
I bet  ...

Sama lah kita sis, kita ni nmpk je brutal kat forum tp mmg sedih baca baca benda2 budak2 kena dera ni, terlalu menyayat hati.  Si gemok bainun tu mmg kejam sis, terlalu kejammm padan muka dia skrg ni hidup dia tertekan dgn perbicaraaan mahkamah n penghinaan dr rakyat msia n adik bella sedang melalui kehidupan yg bahagia. Nampaknya sekolah n cikgu2 adalah pihak yg senang utk find out psl penderaan kanak2 ni. Maybe sekolah n cikgu2 blh bagitahu kat budak2 klu dorg selalu kena pukul bagitahu dekat cikgu.
Quote lattehazelnut 28-4-2022 07:30 PM
Mak xkan buta xnampak?
Dah kne lempang n tendang mesti anak melalak..
Sbb xnak jd janda lg ke sanggup jd tunggul?
Quote Lentera 28-4-2022 09:35 PM
Selamat hari guru!
Quote Lentera 28-4-2022 09:36 PM
Selamat hari guru!
Quote asamfish 28-4-2022 10:18 PM
Biasanya kalau terjadi mcm ni, si ibu amat menyayangi sang suami.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.110998 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top