Dua tahun tidak pulang ke Indonesia akibat Covid-19, pelawak Vicha akhirnya dapat memeluk tiga anaknya yang datang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Vicha, 34, berkata, dia akan menggunakan tempoh 10 hari anak-anaknya di sini dengan menghabiskan masa bersama dan bercuti. Dia juga teruja dapat menyediakan juadah berbuka dan sahur untuk anak-anak sepanjang beberapa hari baki Ramadan. “Kali terakhir saya berjumpa anak-anak adalah dua tahun lepas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Memang gembira sangat akhirnya dapat berjuma depan mata dan memeluk mereka.
“Selain bakal menyambut raya bersama, kami rancang untuk pergi bercuti. Tidak kisahlah ke mana pun mereka nak pergi, yang penting kami dapat bersama. “Anak-anak juga dah request nak makan wantan bakso. Walaupun menu tersebut senang didapati di sana (Indonesia), tetapi mereka mahu merasa air tangan saya sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar.
|
Thanks my lovely husband always love me, care me and guide me
slyfynx replied at 29-4-2022 01:59 AM
Ok, mende ni byk kali nmpk, and bukan nak merendahkan sesiapa.
Just sharing.
Selepas always, verb ...
lattehazelnut replied at 29-4-2022 02:53 AM
Apa je produk dia kat msia ni? Ada lg job ke? Asal xbalik indon je?
ADVERTISEMENT