CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serangan Seksual, Rogol Anak Sendiri- Askar Dipenjara 18 Tahum 34 Sebatan

28-4-2022 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1606| Komen: 13

Seorang askar dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 34 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sibu pada Khamis kerana merogol dan melakukan serangan seksual ke atas anak perempuannya.


Tertuduh, Muhamad Hakimi mengaku bersalah di hadapan Hakim Marutin Pagan atas tuduhan merogol anak perempuannya berusia 16 tahun sebanyak tiga kali di dalam bilik rumah panjang mereka dari 11 Mac hingga 26 April lalu.

Hakim Marutin menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi setiap tiga pertuduhan.


Gambar Hiasan

Tertuduh turut dijatuhi hukuman satu sebatan bagi setiap empat pertuduhan serangan seksual mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Hakim Marutin memerintahkan supaya hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 21 April.

Kes itu terbongkar apabila mangsa memberitahu gurunya pada 12 April lalu bahawa dia telah dirogol oleh bapanya.

Laporan polis telah dibuat oleh guru berusia 34 tahun itu yang akhirnya membawa kepada penahanan tertuduh. - CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 28-4-2022 05:08 PM
betul2 sial xde otak
Quote shernazz 28-4-2022 05:50 PM
Tahum tu singkatan dari taubat lahum ke?
Quote shernazz 28-4-2022 05:51 PM
Nape berita hari ni semua buat menyirap.darah je..
Quote Thunderclouds 28-4-2022 08:03 PM
Tibai bagi hancoq punggoq tu. Lg sedap kalo dpt picit teloq mcm i spit on your grave 2. Haih.
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 08:12 PM
bangsa etis
Quote Decaffeinated 28-4-2022 10:29 PM
Tertuduh, Muhamad Hakimi mengaku bersalah di hadapan Hakim Marutin Pagan atas tuduhan merogol anak perempuannya

Seorang Muhamad diadili dan dihukum oleh seorang anak Pagan. How ironic.
Quote Atata 28-4-2022 10:34 PM
Takde kaitan ngan kes ni tp askar selalu miang yaks
Quote seri_mawr 29-4-2022 11:26 AM
mmg syaitonnirajimm betul perangai....
Quote CikYaYaYa 29-4-2022 11:37 AM
Dasar syaitonn punyaa perangaii..
Quote jiwasemangat 29-4-2022 12:21 PM
Tinggal kat rumah panjang nampak nya... tetiba gi tukar nama tuu.. ask for sympathy maybe. SOP org kena tuduh
Quote matchstick 29-4-2022 12:46 PM
tuduhan merogol anak perempuannya berusia 16 tahun sebanyak tiga kali di dalam bilik rumah panjang mereka dari 11 Mac hingga 26 April lalu.

Kejadian ni tahun lepas ke..kena tangkap 21 April. Merogol smpi 26 April
Quote black_handbag 29-4-2022 12:58 PM
penjara je? sedangkan hidup budak tu hancur? trauma seumur hidup? mungkin bagi kesan pada emosi dan cara dia mendidik anak nti?

patut gantung je sampai mati. geram aku

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054616 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top