CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Telefon Bimbit Anak Sebab Tak Pernah Bagi Duit Belanja

28-4-2022 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 915| Komen: 5

Gara-gara tidak diberi duit nafkah, seorang ibu sanggup mencuri telefon bimbit anaknya untuk dijual bagi mendapatkan duit belanja.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai AL, 68 tahun, ditahan polis baru-baru ini dan mengakui mencuri telefon bimbit anaknya, S (44) pada Disember tahun lalu.



Kes tersebut berlaku selepas anak wanita itu membuat laporan polis berikutan telefon bimbitnya hilang tanpa mengetahui ibunya sendiri yang mencuri dan empat bulan kemudian, polis berjaya menahan suspek.

Ketika disoal siasat polis, suspek menceritakan dia mencuri telefon bimbit tersebut ketika anaknya tidur.


“Anak saya tidak pernah menghulurkan duit belanja kepada saya, walhal lima anaknya juga duduk dengan saya.

“Saya tidak mempunyai wang untuk beli makanan buat cucu-cucu saya, bahkan sudah diminta namun masih tidak diberikan duit.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain mencuri telefon bimbit anak dan menjualnya bagi mendapatkan duit belanja,” ujarnya kepada Kompas.com.

Wanita itu memberitahu, dia menjual telefon bimbit anaknya pada harga 1.6 juta rupiah (RM483).

Jelasnya, duia tersebut kemudiannya digunakan untuk membayar hutang dan memberi barangan keperluan untuk lima cucunya.

Sementara itu, anak wanita berkenaan menarik semula laporan polis yang dibuat dan memaklumkan akan berbincang dengan ibunya mengenai kes tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 28-4-2022 05:25 PM
bangang abadi…  ko duk merempat rumah mak ko bawak 5 anak, pastu tak ngulur sesen pun…
Quote bahagiaselalu 29-4-2022 10:21 AM
Allahuakbar, macam mana la dapat anak mcm tu... syurga anak di bawah tapak kaki ibu
Quote bahagiaselalu 29-4-2022 10:21 AM
Allahuakbar, macam mana la dapat anak mcm tu... syurga anak di bawah tapak kaki ibu
Quote slyfynx 29-4-2022 10:45 AM
Wahai wartawan cari, kalau berita dari luar, leh x tag dekat tajuk tu
[DUNIA]
So orang x la keliru.
Quote mejaputih 29-4-2022 10:55 AM
ni leluhur indon ke?
byk betul berita warga trisna/friska ni.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.168712 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top