CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Semua Persiapan Raya! 5 Buah Rumah Di Kelantan Musnah Terbakar Dibaling Mercun Bola

28-4-2022 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4449| Komen: 80

KOTA BHARU: Persiapan  menyambut Hari Raya Aidilfitri lima keluarga musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada tindakan membaling mercun bola dalam kejadian di Berek 12.


Dalam kejadian pukul 9.35 pagi, lima kediaman musnah 100 peratus manakala empat kediaman lagi musnah kira-kira 20 peratus. 

Mangsa, Noraiza Salleh, 42 berkata, ketika kejadian dia  menyapu di ruang tamu sebelum terdengar bunyi letupan mercun di atas atap rumah ibunya, Zaharah Mat, 70, yang berjiran dengannya.

Foto: Utusan

“Pada mulanya saya tidak mengendahkan bunyi tersebut namun, kali kedua bunyi letupan itu lebih kuat, saya pun tinjau keluar dan terkejut apabila api sudah menjulang dari dalam bilik kediaman ibu di tingkat atas. 


“Saya meluru ke kediaman ibu dan cuba tendang pintu bilik ibu kerana risau keadaannya. Mungkin ibu tidur selepas menyiapkan hidangan kuih untuk jualan. Kemudian saya pimpin ibu keluar dari rumah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. 

Disebabkan api marak  cepat kata Noraiza, dia tidak sempat menyelamatkan harta benda lain termasuk dokumen penting dan barang kemas manakala semua persiapan untuk Aidilfitri termasuk wang tunai RM4,000 hangus.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Che Nab Che Jaafar, 65, berkata, ketika kejadian dia bersama tiga anaknya termasuk seorang anak orang kelainan upaya (OKU) berada dalam rumah. 

“Sebelum kejadian, saya dengar bunyi letupan kuat seperti mercun bola. Tidak sampai lima minit kemudian, saya nampak asap hitam dan terdengar anak saudara yang juga tinggal berdekatan menjerit meminta tolong.

“Lebih menyedihkan persediaan jualan nasi kerabu untuk hari raya kedua musnah, termasuk 100 ekor ayam sejuk beku yang diletak dalam peti ais. Selain itu wang tunai RM500 turut terbakar,” katanya.

Kata Che Nab, dia kini buntu memikirkan nasib dirinya dan keluarga untuk menyambut raya selain merancang untuk menumpang di rumah anak saudara.- CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freesia71 28-4-2022 04:20 PM
Aduhai kesiannya.
Quote domestobot 28-4-2022 04:21 PM
meriah boh mercun baling2 gitu
Quote chandrahusin 28-4-2022 04:23 PM
cari lah sapa yg punya angkara
baling2 mercun arah rumah org tu
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 04:25 PM
jangey kelik la wei..... jangey kelik la weiiiiiiiiii... jangey... kelik la weiiiiiiiiii
Quote prettyuglybabe 28-4-2022 04:40 PM
bodoh punya manusia main mercun baling kat rumah orang..
semoga mampus digelek lori jah..
hidup pun menyusahkan orang..
Quote gekkou 28-4-2022 04:43 PM
kesiannya dengar
picture akak tu pun sangat menyedihkan
raya just a few days away
yang musnak bahan nak buat nasi kerabu berniaga pun kesian sangat
itu lah punca pendapatan

mohon la parent pantau la anak2 korg main mercun dan bunga api
yeerrr..bunga api pun kena pantau
ni main mercun baling kat kereta org
yang main tu ironinya anak polis
parent pun sama naik main mercun
Quote Lagubestbest 28-4-2022 04:55 PM
aduss.. cmne ni.. dah ready "roket osama" berketul-ketul menjulang kat atas meja ni. Walaupun letupan agak lame sekali je, tapi part cucuh roket naik seronok.
Quote Herlina 28-4-2022 04:57 PM
Cukup siksa la jiwa ngan perangai org mcm ni.
Bising satu, pastu baling kat atap rumah satu. tu belum main bunga api 'klcc' lagi..berterbaur mcm bunyi hujan lebat je saki bakinya jatuh kat atap rumah.

kebugimakan tak boleh di perbetulkan lagi deme ni.
Quote miszclassique 28-4-2022 04:57 PM
Selalu yg main baling2 kt rumah orang ni stupid kid yang kalau kita tengok muka dia pun terus rasa nak maki... Pastu kalau org lalu lalang tegur nanti sengih2 gelak mcm kerang busuk pastu ada yang acah2 gangster kampung
Quote cmf_premierleag 28-4-2022 05:00 PM
mesti budak tu anak B40 kan
x pasal2 orang lain jd mangsa
Quote annehuda 28-4-2022 05:00 PM
saman je budak tu biar sampai makbapak dia menyesal beranak
Quote renko 28-4-2022 05:02 PM
alah setahun sekali je main mercun
kalau cina dgn keling main mercun xpe lak xde sapa kacau
kata beruk2 ni karang kalau ditegur n diambil tindakan
Quote sukacactus 28-4-2022 05:06 PM
Kesiannya lah hai
Dekat sgt dah nak raya ni
Mmg hantu betul la yg main2 baling mercun ke rumah org
Quote krustykrab 28-4-2022 05:07 PM
Jiran aku ni pun tetiap tahun rmh dia sibuk main mercun. Org sibuk berterawih dia pulak ajar anak2 n anak sedara main mercun
Quote mejaputih 28-4-2022 05:07 PM
stupid parenting
Quote eyansss 28-4-2022 05:32 PM
pastu netizen masih merempan : why gomen why kami takleh menikmati main mercun sempena raya melayu…  gomen pilih kasih!!!  raya cina india tak kacau pun!!! : sambil tarik2 rambut kesedihan…
Quote shernazz 28-4-2022 05:47 PM
Sial la sapa baling mercun tu..
Moga hancur tangan dia dan ha cur segalanya
Adoi...
Quote Artemesiaa 28-4-2022 06:23 PM
Takziah buat semua mangsa kebakaran selalu bila nak raya je banyak jadi kes macam ni.  Masa perayaan lain jarang dengar kejadian macam ni.  Juga masa pkp dulu.
Quote namr 28-4-2022 06:24 PM
Rumah yg main mercun ni tak terbakar pulak,org lain yg jadi mangsa

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top