Shila Amzah kata dia tak serik untuk bercinta dan tak pernah menutup pintu hati. Namun lepas ini kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.
“Saya tidak serik kerana masih ada cinta untuk diberikan kepada yang selayaknya. Cuma saya tidak tahu bagaimanapun jodoh saya pada masa hadapan. “Cuma saya akan lebih berhati-hati kerana saya bukan sendiri, tetapi ada anak bersama saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Tambah Shila anaknya, Seth Uwais adalah sumber kekuatan untuk menjalani kehidupan seharian. “Sebagai ibu, menjadi tanggungjawab saya untuk mewujudkan suasana yang positif. Walaupun anak saya belum memahami apa yang berlaku, saya mahu dia rasa semuanya masih sama. “Saya bersyukur kerana dia melalui situasi ini (penceraian Shila) pada usia sekarang. Walaupun mungkin Seth akan bertanya juga suatu hari nanti, saya sudah lebih bersedia menjawabnya.
“Tidak dinafikan ada orang takut untuk melalui situasi sebegini (menjadi ibu tunggal), tetapi untuk saya, saya lebih kuat bila nampak wajah anak. “Jadi saya akan cuba sorokkan apa sahaja perkara negatif atau kesedihan saya. Dahulu saya banyak mengutamakan orang lain, tetapi kini saya belajar untuk mengutamakan diri saya sendiri.
“Mungkin ada yang melihat saya mementingkan diri sendiri. Tetapi pada saya, untuk menjadi ibu yang terbaik, saya perlu utamakan diri dan jaga diri sendiri dulu." Shila berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini. Semoga bertemu jodoh dengan lelaki idaman ya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|