CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Layan 3 Maid Macam VIP, Bagi Bonus RM5 Ribu, Shopping Di KLCC- Siap Nak Bawa Balik Kampung Di Kelantan

28-4-2022 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8914| Komen: 115

Siapa yang tak sedih apabila tidak berpeluang untuk pulang berhari raya di kampung halaman bagi menyambut ketibaan 1 Syawal.

Lagu raya Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee pastinya mengusik jiwa buat mereka yang terpaksa bertugas di Aidilfitri.

Namun majikan ini mempunyai cara tersendiri untuk 'membeli jiwa' tiga pembantu rumahnya yang berjauhan dengan keluarga.

Foto: IG

Bercakap kepada mStar, majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Farah MJ, 27, berkata, ketiga-tiga pembantu rumahnya merupakan warga Indonesia berusia antara 25 dan 40 tahun.

"Saya kena bagi reward yang mereka tak pernah rasa. Jadi saya buat kejutan untuk ketiga-tiga mereka dengan menginap di hotel mewah.

"Mereka diberikan bilik suite yang dilengkapi ruang tamu dan ruang makan. Penginapan mereka selama tiga hari dan dua malam berharga lebih RM4,000," katanya ketika dihubungi.

Sepanjang percutian di hotel bertaraf lima bintang di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur pada minggu lalu, ketiga-tiga bibik tidak perlu melakukan kerja-kerja rumah seperti kebiasaan.



Malah kata Farah, kesemua pembantu rumahnya juga berbuka puasa di bilik VIP yang ditempah khas buat mereka.

"Saya mahu buat mereka gembira. Jadi, mereka duduk di hotel dan ikut saya pergi shopping di KLCC.

"Mereka bukan sekadar temankan saya shopping, tapi shopping raya untuk mereka sekali. Saya belikan mereka baju dan kasut raya.

"Setiap seorang dapat lima pasang baju, warna sedondon dengan baju raya saya sekeluarga untuk dipakai sama masa hari raya," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.



Bukan itu sahaja, menurut usahawan dalam bidang eksport dan import itu, ketiga-tiga pembantu rumahnya diberikan bonus raya sebanyak RM5,000 seorang.

"Kesemua mereka berstatus janda tapi sudah mempunyai anak-anak yang tinggal bersama keluarga masing-masing di kampung.

"Saya juga seorang ibu, saya faham macam mana rasanya apabila berjauhan dengan anak-anak. Tapi mereka datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.

"Mereka orang susah, kalau kerja di kampung belum tentu dapat shopping raya. Bonus diberi lebih awal untuk mereka kirim duit ke kampung untuk keluarga masing-masing buat persiapan raya di sana," katanya yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata.



Farah berkata, kali terakhir pembantu rumahnya beraya di kampung masing-masing di Indonesia pada 2019, sambil menambah Aidilfitri kali ini mereka bakal beraya di kampungnya di Kota Bharu.

"Mereka disediakan bilik di kampung dan akan pakai sedondon bersama saya, suami dan anak-anak.




"Saya tidak mahu mereka rasa terasing, saya mahu mereka rasa seperti sebuah keluarga. Mereka juga boleh buat video call dengan anak-anak dan keluarga di hari raya nanti.

"Pembantu rumah itu sekadar tugas dan tanggungjawab mereka. Sebagai majikan, saya perlu melakukan sesuatu untuk menghargai mereka dan turut rasa gembira berhari raya," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 28-4-2022 03:14 PM
sape dia ni??who are yuuss??
Quote KBW2 28-4-2022 03:24 PM
whoareyuuuuuuus another batak brand SSKJP?

tiap tahun mesti ada jah muka baru pesen gini
Quote Nnoor2 28-4-2022 03:34 PM
Wahhhh siapa pulak yg ni....ramainya muda2 jutawan....lawa hensem pulak tu
Quote venom1 28-4-2022 03:49 PM
Alhamdulillah kalaulah orang kaya2 macam ni bantu orang susah macam Ustaz Ebit Liew buat tu kuranglah golongan asnaf kat Malaysia ni
Quote white_musk 28-4-2022 03:51 PM
Tapi orang suah pun masih ramai juga
Quote iman_kasih 28-4-2022 03:55 PM
Ramai je majikan buat macam ni. Bagi bonus, belikan barang keperluan depa. Bukan benda pelik pun.
Quote edayildiz 28-4-2022 03:55 PM
kaya nya wow..xheran
Quote chandrahusin 28-4-2022 04:34 PM
dulu2 klu org kaya raya
kita tau dia bisnes apa
ada tokey gula, tokey judi
tokey bank, mcm2 tokey lah
atau menteri - wajib kaya
tapi skrg ni tiba2 ada org kaya
mai dr mana tak pnh tau pun
Quote Orangelily 28-4-2022 04:34 PM
import export ape tuuu?tetiba je muncul nk citer pasal kekayaan...sskjp
Quote Orangelily 28-4-2022 04:34 PM
import export ape tuuu?tetiba je muncul nk citer pasal kekayaan...sskjp
Quote prettyuglybabe 28-4-2022 04:42 PM
buka kedai dobi ke..
Quote harisbee 28-4-2022 04:44 PM
jangan money laundry mcm ebit lew  dan siti  bainon sudah
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 04:48 PM
apasal dia kaburkan ketiak... lupa pakai deoderen ke???
Quote cmf_premierleag 28-4-2022 04:52 PM
dia ni berniaga apa? tgk kat insta dia takde tunjuk any product/servis pun
ke ada instagram lain?
Quote gekkou 28-4-2022 04:53 PM
Setiap seorang dapat lima pasang baju, warna sedondon dengan baju raya saya sekeluarga untuk dipakai sama masa hari raya



tak berkenan betul nk boria dari anak beranak sampai ke maid
pemurah tu i respect
sbb i sendiri tak mampu nak beri org bonus 5 ribu dan beli baju sampai 5
Quote trisnalovezul 28-4-2022 05:13 PM
Alhamdulillah sapa bilang kerja maid itu hodoh dan hina
Quote trisnalovezul 28-4-2022 05:25 PM
Apa yang maid ini dapat kebanyakan kaliam ngak pernah dapat..aku alhamdulillah selalu merasa naik kereta mewah dan duduk hotel mewah
Quote uori 28-4-2022 05:28 PM
kadang2 fikir sesia je aku takde media sosial FB IG Twitter TikTok semua sebab semuanya ada lambak kat forum
Quote Nnoor2 28-4-2022 05:34 PM
trisnalovezul replied at 28-4-2022 05:25 PM
Apa yang maid ini dapat kebanyakan kaliam ngak pernah dapat..aku alhamdulillah selalu merasa naik ke ...

Wahh hebatnya trisna....

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.209721 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top