Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas dipukul beberapa pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Langkawi pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa membuat laporan pada Khamis berhubung kejadian berlaku pada jam 9 pagi di dalam sebuah kelas di sekolah berkenaan. Menurutnya, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham. "Pada pagi Khamis, terkesan satu video tular memaparkan seorang pelajar dipukul beberapa pelajar lain yang mana disahkan ia berlaku di Langkawi.
"Satu laporan polis juga telah diterima daripada mangsa berumur 16 tahun dan mangsa dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Mengulas lanjut, Shariman berkata, suspek sedang dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Pada Khamis, tular satu video berdurasi 25 saat kejadian buli di sebuah sekolah di Langkawi yang memaparkan seorang pelajar dipukul beberapa pelajar lain termasuk dibaling meja. Suber: Sinar Harian
|
wipers81 replied at 28-4-2022 04:09 PM
Menyirap darah tengok video ni tadi.
bahagiaselalu replied at 29-4-2022 09:46 AM
guru disiplin tak ambik peranan ke dekat sekolah ni? Bahaya betul budak2 zaman sekarang disebabkan p ...
mas79 replied at 28-4-2022 04:36 PM
Sekolah anak saya ni. Risau plk bila naik sekolah menengah ni.
tikusmontok replied at 29-4-2022 10:01 AM
Makpak yg tak reti didik anak, cikgu jugak yg disalahkan. Kan chegu @dua_chzy
ADVERTISEMENT