CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Terbabit Sindiket Pemerasan Video Lucah Direman

28-4-2022 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1348| Komen: 6

Tiga individu termasuk pasangan suami isteri yang dipercayai terbabit dalam sindiket pemerasan video lucah menggunakan media sosial direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 23 hingga 39 tahun itu direman susulan dua laporan berkaitan kes pemerasan video lucah di daerah Marang.

Beliau berkata, mereka sebelum ini direman empat hari untuk siasatan berkait laporan polis diterima di daerah Kuala Terengganu.


3 individu termasuk pasangan suami isteri yang dipercayai terbabit dalam sindiket pemerasan video lucah. FOTO Ghazali Kori.


"Hari ini, mereka diserahkan kepada polis Marang untuk siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

"Tiga suspek sebelum ini ditahan pasukan khas iaitu Op Cantas VC di Kedah pada Sabtu lalu.

"Penahanan mereka susulan laporan polis yang diterima pada 11,13 dan 20 April lalu berkaitan pemerasan video lucah dengan satu kes berlaku di Kuala Terengganu manakala dua lagi di Marang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Marang bagi mendapatkan perintah tahanan reman di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri yang dipercayai terbabit dalam sindiket pemerasan video lucah menggunakan media sosial.

Siasatan mendapati sindiket yang baharu bermula tahun ini dipercayai menggunakan media sosial seperti Michat, WeChat dan sebagainya untuk memperdayakan mangsa yang berusia antara 28 hingga 39 tahun untuk membuat panggilan video lucah sebelum memeras ugut mereka.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 28-4-2022 05:21 PM
Op Cantas VC ye
Mcm bnyk kes je ni

Quote renko 28-4-2022 05:25 PM
ape la bodoh leh vc bogel
Quote Adrif 28-4-2022 08:55 PM
diorang ke punca burung-burung artis berterbangan keluar sangkar?
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 09:52 PM
bangsa etis
Quote kakikuDibibirmu 28-4-2022 09:55 PM
Ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustakkk mung tunggung akung datanggg, mung ni pung, mung pahang dokgi? Guaner nim?
Quote Atata 28-4-2022 10:33 PM
Ni yg scammer indon tu ke? Whatp2 org ajak bugil

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.042198 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top