CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Digilis Bas Ketika Baiki Kerosakan

28-4-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1138| Komen: 0

Seorang lelaki maut akibat digilis bas yang dipandunya, dalam kejadian berhampiran Tol Subang di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE), petang semalam.


Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata dalam kejadian 4 petang itu, pemandu bas ekspres berusia 31 tahun berkenaan dikatakan memberhentikan kenderaan tersebut untuk membaik pulih kerosakan.


Mangsa digilis bas ketika membaiki kerosakan di berhampiran Tol Subang di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE). (Gambar FB IPD Petaling Jaya)

“Mangsa kemudian masuk ke bawah bas, namun kenderaan itu dipercayai bergerak lalu menggilisnya. Kejadian itu mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.


Justeru, katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Katanya, polis juga meminta saksi tampil ke balai berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Navalan Ravindran di talian 014-253 6820 bagi membantu siasatan.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.088032 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top