CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cuba-cuba Je Bertudung Untuk Setahun, Isteri Yonnyboii Dah Sedia Dikritik Tanggal Tudung

28-4-2022 02:08 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3000| Komen: 14|Original author: LilRose

Sebelum ini, nama isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira hangat meniti di bibir masyarakat kerana tampil tidak bertudung ketika hadir ke Majlis Anugerah Joox 2021.




Pempengaruh itu bagaimanapun tidak mudah melatah dan menjelaskan bahawa imej bertudung dibawanya tahun lalu hanyalah tempoh percubaan.

“Bagi saya takdalah penampilan baharu. Sebab saya baru cuba bertudung untuk setahun. Bagi saya doakan jelah yang baik-baik.

“Sebab kita tak tahu mungkin dalam masa setahun dua ni, mungkin saya lagi baik daripada orang yang kutuk tu, atau orang yang kutuk tu jadi lebih teruk daripada dia sekarang sebab kita tak tahu jalan hidup kita,” katanya kepada Gempak.


Kredit foto: IG

Malah, dia mengakui sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan orang ramai ketika memutuskan untuk kembali tidak bertudung.

Katanya, dia tidak membaca komen warganet dan mencuba untuk menghindarinya kerana tahu dirinya akan sakit hati jika membaca segala tohmahan dilemparkan terhadapnya.


Kredit foto: IG

"Tak mengapalah… mulut orang kita tak boleh nak buat apa-apa,” katanya.

Imej tahun lepas adalah tempoh percubaan Nazira berjinak untuk bertudung. Dah puas setahun bertudung, biarlah dia mengenakan apa saja gaya yang dirasakannya selesa dan sesuai kan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putu 28-4-2022 03:27 PM
Hmmm. Sesungguhnya sy tgh berpuasa. Kutuk dlm ati je la
Quote MissVixen 28-4-2022 03:31 PM
Masa bertudung, tengok macam cantik juga... Tapi dah free hair ni, padanla dengan suami dia dari segi rupa
Quote uori 28-4-2022 03:33 PM
nampak sangatlah aku dah lama tak amek tau pasai retis2 malaysia nih dan sikit pun tak nyesal
Quote shernazz 28-4-2022 06:12 PM
Masuk kuburan
Kuar balik..eh eh saya saja je praktis masuk dalam ni..nak rasa mcmana..

Sendu
Quote missyL 28-4-2022 06:21 PM
Nobody cares dik.
Quote missyL 28-4-2022 06:21 PM
MissVixen replied at 28-4-2022 03:31 PM
Masa bertudung, tengok macam cantik juga... Tapi dah free hair ni, padanla dengan suami dia dari seg ...

Baru je terdetik yg same lol
Sekufu je rupenye dr segi rupe
Quote tikusmontok 28-4-2022 09:24 PM
Siapa dua lakibini muka nan desa ni?
Quote LoveSungmin 28-4-2022 11:11 PM
kepam sungguh la
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 11:27 PM
badut sarkas kepala donggaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Mary_jane 28-4-2022 11:50 PM
Kelihatan rempits ya dedua.
Quote kiah_mai_pulak 28-4-2022 11:52 PM
busuk kepam 2-2 pun... sgt lahhh berjodohan, sekufu
Quote slyfynx 28-4-2022 11:55 PM
Ni je aku mampu reply
Quote nolya 29-4-2022 12:27 AM
Alahai ko dek. Bila menjawab soal bertudung buka tudung, jgn cakap apa2lah kalau ko tak bijak nak tepis teguran ramai. Boleh pulak hukum yg wajib itu  dianggap  coba2an. Ko blj kat mana dpt idea mcm tu. Harapkan orang puji ko cantik, sweet, comel bila pakai tudung maka ko pun bertudunglah. Hakikatnya ko lebih suka free hair boleh nampakkan fesyen, color dn ikal mayang mengurai rambut seiring meraih sanjungan ramai bersaing suami yg sekufu sangat. Soal nak bertudung bolehlah menampik hak sendiri tapi cara ko menjawab tu, halah halaaaah.
Quote Hoola 29-4-2022 12:46 AM
Hahahaaaaaaaa
Sekian

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.043202 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top