Jenama gula-gula berperisa kopi, Kopiko terus menjadi tular sejak semalam selepas individu terkaya dunia, Elon Musk melahirkan perasaan teruja dan gembira tatkala menikmati makanan yang terkenal di rantau Asia Tenggara itu.
Elon Musk dengan kekayaan sebanyak $AS264.6 bilion itu menikmati gula-gula kopi tersebut ketika melakukan pertemuan dengan delegasi Indonesia yang datang menemuinya baru-baru ini. Delegasi itu antaranya disertai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhur Binsar Panjaitan. Menerusi video tersebut, Luhur Bindar dilihat memberi sepaket gula-gula Kopiko kepada Elon Musk setelah perbincangan antara mereka selesai.
“Ini ialah gula-gula Kopiko,” kata Luhur kepada Elon Musk. Selepas merasainya, Elon Musk terus mengucapkan ‘very good’ sambil menunjukkan tanda bagus sebagai terjemahan kepada kesedapan gula-gula tersebut. Susulan video itu, saham jenama Kopiko dimiliki syarikat PT Mayora Indah Tbk yang merupakan pengeluar makanan dan minuman Indonesia sejak 1977 terus melonjak naik buat sementara waktu. Sementara itu, rata-rata netizen terut memberi reaksi kepada penampilan Elon Musk yang dilihat bersahaja ketika berjumpa delegasi dari Indonesia itu. Dalam pertemuan itu, Elon Musk hanya mengenakan baju t-shirt bersama seluar jeans selain penampilannya disifatkan seakan-akan tidak mandi memandangkan dilihat terlalu bersahaja dan santai. -CARI Sumber: Kosmo
|
Acikgomen replied at 28-4-2022 02:02 PM
Say no to Elon musk sbb heshe skendel dgn amber Heard masa amber masih bini Johnny Depp tibahhhhhh:l ...
Timortimur replied at 28-4-2022 02:06 PM
Ye ke sis?
Tak kena balun plk dgn ppuan ganas tu
Acikgomen replied at 28-4-2022 06:10 AM
Dua hari lepas court ada tunjuk footage deyols tugeder2 naik lift menuju penthouse JD time JD takd ...
dua_chzy replied at 28-4-2022 03:12 PM
Lagik teruk minah mental tu. Sanggup berak tinggalkan taik atas katil nak sakitkan hati JD. Macam2 ...
akumakanhati replied at 28-4-2022 07:35 AM
Yeke... Kesiaaannnnya JD. Ada jugak perempuan mcmni..
dua_chzy replied at 28-4-2022 03:48 PM
Memang mental nak mampus. Tak guna muka lawa jelita. Tapi Elon ni memang suka pompuan weng kot. Gr ...
shernazz replied at 28-4-2022 08:09 AM
Amber tu nampak.psiko okay
Siap senyum2 masa dalam.court time joni dep ngan jawab soklan loyar
ADVERTISEMENT