CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beradik Kembar Kongsi Teman Lelaki Yang Sama- Bergilir Nak Jumpa, Siap Ada Jadual Dating

28-4-2022 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 449| Komen: 0

Nairobi: Tiga beradik kembar di Kenya ini memilih untuk berkongsi teman lelaki yang sama.

Mereka mendakwa perkongsian itu bukan satu masalah yang besar.


Media tempatan melaporkan Cate, Eve dan Mary, yang menjalinkan hubungan dengan Bigman Stevo.


Foto: Agensi

Kisah pelik tiga beradik ini kemudiannya menjadi tajuk berita utama, sejak beberapa minggu lalu.

Antara tiga beradik ini, Cate menjadi orang yang pertama bertemu Stevo sebelum berkongsi kisah percintaan itu dengan dua lagi adiknya.


Dua lagi kembarnya itu kemudian mendekati Stevo dan menawarkan diri sebagai teman wanita dan mereka sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa minggu lalu.

Bagi mengelak konflik, mereka membuat jadual khas supaya percintaan itu terjalin dengan harmoni.

"Saya menontonnya (Stevo) di YouTube sebelum menceritakan kepada Mary.

"Saya memang meminatinya dan selepas menunjukkan kepada Eve, dia turut menaruh perasaan sama," kata Cate.

Walaupun mengakui Stevo kacak, namun rasa cinta terhadap lelaki itu disebabkan beberapa sebab berbeza.

Kembar itu juga memaklumkan mereka tidak cemburu sesama sendiri dan menyediakan jadual untuk memastikan masa bersama teman lelaki dapat diluangkan dengan adil.

"Kami merancang dan menetapkan jadual setiap hari dan menjadikan Jumaat sebagai hari kami bertiga menghabiskan masa bersamanya.

"Stevo perlu mencintai kami dengan adil dan dia mencuba sebaik mungkin memenuhi syarat itu," katanya.

Stevo seorang ahli perniagaan dan pencipta kandungan memaklumkan tiada masalah untuk bercinta dengan tiga wanita berbeza pada satu masa.

"Saya percaya cinta ini bukan terhad untuk seorang wanita saja dan saya dilahirkan untuk berpoligami," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.178716 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top