CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serang Anak Umur Setahun Sampai Cedera Teruk, Ibu Tikam Anjing Peliharaan Sampai Mati

28-4-2022 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1710| Komen: 13

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat menikam mati anjing peliharaan keluarganya selepas haiwan itu menyerang anak perempuannya yang berusia setahun, lapor akhbar Daily Star.


Anjing baka Pitbull itu dilaporkan telah menggigit kaki Ruby Cervantes sebelum seekor yang lain turut menyerangnya pada Ahad lalu sekitar pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) di kediaman keluarga tersebut.

Ibu mangsa, Jamie Morales yang cedera pada muka ketika meleraikan serangan, cuba menarik dua anjing itu namun gagal sebelum bertindak mengambil sebilah pisau lalu menikam seekor daripadanya sehingga mati.

Foto: Twitter

“Saya terpaksa menikam anjing itu. Sama ada ia atau Ruby, saya pilih anak saya (Ruby),’’ kata Jamie kepada stesen televisyen KTLA.

Sementara itu, nenek kepada mangsa, Margaret Morales berkata, ketika berjalan ke dapur, dia melihat tiga anaknya berada di atas lantai dan cuba untuk menarik anjing-anjing itu.

“Ketika seorang daripada mereka bangun, barulah saya dapat melihat anjing-anjing tersebut menggigit kaki kiri cucu saya.

“Saya terpaksa mengalihkan gigi anjing itu daripada kakinya dan ia menggigit tangan saya sehingga luka,” kata Margaret.

Margaret membela dua haiwan itu sejak ia kecil. Anjing yang terselamat telah dibawa ke pusat kawalan haiwan dan akan dibunuh, demikian menurut agensi stesen televisyen NBC Los Angeles. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-4-2022 12:20 PM
Dah berapa banyak kes pitbull serang manusia.

Quote FOTHER-MUCKER 28-4-2022 12:57 PM
Jangan salahkan anjing kerana sendiri yang degil
Quote mesmerize 28-4-2022 12:57 PM
pelik ya.. bukan ke pitbull ni garang dengan orang dewasa tapi sangat suka budak2 yang dikenali ? kat negara2 kokesen pitbull merupakan guardian dog untuk kanak2 .. tapi biasa la anjing kan ada waktu gila dia, tetiba marah, tetiba serang orang
Quote mamajawie 28-4-2022 12:58 PM
anjing ni bukan ke haiwan yg baik dengan tuan?
Quote green~tea 28-4-2022 01:01 PM
mamajawie replied at 28-4-2022 12:58 PM
anjing ni bukan ke haiwan yg baik dengan tuan?

Pitbull tidak.. anjing ni banned dari diperlihara kat malaysia sbb ganas.. tp tu lah, ade je mangkuk2 seludup
Quote Dwdrum 28-4-2022 01:02 PM
Pitbull ini ok saja... But quite costly untuk train.. Sebab degil sikit...
Quote Artemesiaa 28-4-2022 01:26 PM
Species yang tak sesuai untuk tinggal dengan keluarga.  Kalau tak rajin train bawak berjalan cukup bagi makan usah ler gigih nak membelanya.
Quote becir 28-4-2022 01:53 PM
Lenkali Bela anjing Baka cam Brodie..fluffy teddy bear selalu nak tengok yt dia..geram je
Quote shernazz 28-4-2022 05:39 PM
I know u want me
U know i want ya..
Quote Firenzza 28-4-2022 06:31 PM
Pencinta hewan msia x nk protes kerr?
Quote Decaffeinated 28-4-2022 06:35 PM
Dia masih tak kenal budak tu dan dianggap intruder or even competition.
Quote Decaffeinated 28-4-2022 06:37 PM
Firenzza replied at 28-4-2022 06:31 PM
Pencinta hewan msia x nk protes kerr?

Tak perlu kot. There's no shortage of dog lover in the US kalau tindakan keluarga ini salah.
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 07:46 PM
mcm biasa bangsa2 etis akan lebih mencintai binatang... waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

euw

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.132971 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top