CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Pun Rimas Pakai Pelitup Muka'- PM

27-4-2022 11:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2718| Komen: 28

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam nada berjenaka mengakui beliau pun ada berasa rimas apabila terpaksa memakai pelitup muka di luar rumah.


Justeru beliau meminta rakyat agar terus berwaspada ketika berada di kawasan yang sesak meskipun pelbagai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diumumkan hari ini.


Kredit foto: Bernama

“Saya pun rimas pakai ni,” katanya berseloroh ketika ditemui media selepas majlis berbuka puasa bersama sekumpulan 500 petani, nelayan dan penternak di Seri Perdana di sini.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I dan II iaitu Datuk Seri Ahmad Hamzah serta Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.


Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar di kementeriannya mengumumkan pelbagai kelonggaran SOP bermula 1 Mei depan termasuk pelitup muka.

Protokol baharu itu sejajar dengan pelan peralihan kepada fasa endemik sejak 1 April lalu susulan penurunan kes Covid-19 dan kadar vaksinasi populasi semakin hampir selesai.

Bagaimanapun, pelitup itu yang diwajibkan kerajaan sejak penularan wabak tersebut awal Mac 2020 lepas, masih digalakkan di kawasan sesak seperti pasar malam dan stadium.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri apabila ditanya reaksinya percaya, ramai akan memanfaatkan kelonggaran ini terutama ketika menziarahi tapak perkuburan semasa Hari Raya Aidilfitri.

“Saya yakin kawasan kubur akan penuh sesak nanti dengan ratusan orang terutama ahli keluarga datang ziarah dan mungkin berhimpit walaupun bukan lagi kesalahan,” jelasnya.

Justeru, beliau menasihatkan umat Islam agar memakai pelitup muka jika perlu di kawasan berkenaan demi kepentingan kesihatan diri dan orang tersayang daripada jangkitan Covid-19.

Ini ujarnya, termasuk ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri pada hari pertama perayaan itu minggu depan susulan tiada lagi peraturan penjarakan fizikal dalam kalangan saf jemaah.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat terus sentiasa berhati-hati kerana virus wabak tersebut masih lagi wujud dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa diberi amaran awal.

Malahan beliau menggalakkan rakyat agar terus berjaga-jaga kerana bukan bererti selepas ini tidak perlu lagi membuat kawalan kendiri meskipun banyak kelonggaran SOP diberikan.

“Jangan ingat tiada lagi bahaya di sekeliling sebab Covid-19 masih ada, dan kita tiada pilihan selain kena hidup dengan virus ini tetapi ia boleh dihindari jika waspada,” kata Ismail Sabri. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-4-2022 11:45 PM
Jovian Sirim tersenyum sinis
Quote saviour_09 28-4-2022 08:22 AM
tag la kat jobian
Quote s@s@ 28-4-2022 08:24 AM
tapi nk sapot keluarga saya, eh keluarga malaysia, saya pakai
Quote pyropura 28-4-2022 08:30 AM
Menantu indon kau yg.jual mask tu rimas tak Mael?
Quote pyropura 28-4-2022 08:31 AM
Menantu Indon kau yg.jual mask tu rimas tak, Mael?
Quote mejaputih 28-4-2022 09:05 AM
aik, pakai fm menantu pun rimas ke?
Quote bottombikini 28-4-2022 09:07 AM
so apa jadi pada bisnis menantu pasni
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 09:09 AM
sembang pasal kobid ni.. 2 benda je aku ingat dalam forum ni... pfizer tu israel yang kilangkan... dan kobid tu senjata biologi Arab Saudi dan Amerika Syarikat iaitu 2 AS...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah
Quote gekkou 28-4-2022 09:12 AM
apalah punya PM
sepatutnya sokong la saranan WHO + kau punya KKM staffs
tak suka simpan je la dalam hati
Quote cmf_PariS 28-4-2022 09:14 AM
pe pe la pak mael... tah2 awal lagi jobianrina dh stop production sbb dh tahu...
Quote cikatilia 28-4-2022 09:20 AM
pakai mask menantu pon rimas ke bang
cepat putus eh?
Quote elzy 28-4-2022 09:30 AM
PM pun boleh kata camtu, langsung tak menunjukkan kepimpinan melalui tauladan ..
Quote zidane_ziege 28-4-2022 09:32 AM
tak sapot bisnes menantu langsung

apa2 pun para vip memang tak pandai pakai mask..buruk je muka masing2
Quote ifanonline 28-4-2022 09:32 AM
sebenarnya yg perlu dimaskkan adalah kemaluan lelaki di malaysia ni...
Quote Orix 28-4-2022 11:01 AM
rimas menda macam la ko kerja tgah panas, ko naik kereta pun ambulans kena bg laluan, rimas konon. weols lg rimas ber-piyem-kan penyu mcm kau
Quote mizruncing 28-4-2022 11:10 AM
ouhh ptt la dah blh option x pakai mask. rupanya pak mail dah rimas
Quote cmf_premierleag 28-4-2022 12:53 PM
So ni indirectly nak cakap pukul rakyat sindir menantu ke apa ni?
Quote Artemesiaa 28-4-2022 01:00 PM
Orang semput pasti rimas bila lama kena pakai FM
Quote KamikuP 28-4-2022 02:15 PM
mEOLSS INGATKAN fm TU FARA MENDOSA TAPI FACE MASK RUPANYER

sori tercaps lok

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.268070 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top