CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1,000 Pelajar Gagal Periksa Gara-Gara Penyelia Salah Faham

27-4-2022 11:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1273| Komen: 2

Kira-kira 1,000 pelajar di Thailand gagal dalam ujian kemasukan ke universiti akibat salah faham, selepas penyelia peperiksaan memberitahu bahawa mereka tidak perlu menulis nama dan nombor siri pada kertas ujian, lapor laman berita Thaiger semalam.


Disebabkan keadaan itu, Majlis Presiden Universiti Thailand (CUPT) enggan menanda kertas peperiksaan pelajar yang terlibat kerana tidak mematuhi garis panduan rasmi yang ditetapkan.


Gambar hiasan/Thaiger

Markah ujian kemasukan ke universiti untuk Ujian Aptitud Am (GAT) dan Ujian Aptitud Profesional (PAT) telah diumumkan minggu lepas selepas dijalankan pada bulan lalu.


Peperiksaan itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dalam bahasa Thailand dan Inggeris dengan kedua-dua ujian ditetapkan 150 markah maksimum. 

Bagaimanapun, pelajar yang terlibat terkejut kerana ujian dalam bahasa Thailand bagi peperiksaan GAT diberi markah sifar. 

Seorang wakil pelajar berkata, dia cuba memasuki universiti idamannya selama empat tahun dan kini terpaksa menunggu setahun lagi untuk mengulangi peperiksaan. 

Pelajar perempuan itu meminta agensi terlibat untuk menyemak semula kertas peperiksaan dan menyokong mereka supaya mendapat markah yang diperlukan untuk belajar di universiti pilihan masing-masing.

Ekoran keadaan itu, CUPT mengadakan perbincangan dengan penyelia-penyelia peperiksaan selepas menerima bantahan daripada hampir 1,000 pelajar, demikian menurut pengurus Sistem Kemasukan Pusat Universiti Thai.

Menurut laporan, penyelia yang bertanggungjawab telah salah faham mengenai soalan pelajar yang bertanya sama ada mereka perlu menulis nama sebelum menamatkan sesi ujian atau sebaliknya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Radzor 28-4-2022 06:15 AM
Maksimum 150 markah..
Quote Decaffeinated 28-4-2022 07:13 AM
Cerita yang sengaja mengenepikan butiran supaya kedengaran sensasi. Wartawan cari pun kopipes. Surely the penyelia couldn't have been that dumb.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063900 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top