CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berbulan-Bulan Siasat, Polis Tutup Kes- Tiada Unsur Pembunuhan, Tangmo Nida Mati Sebab Lemas

27-4-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2099| Komen: 5

Selepas siasatan selama berbulan-bulan, polis Thailand akhirnya membuat kesimpulan aktres 37 tahun itu meninggal dunia akibat lemas.

Polis turut mendakwa kesemua lima rakannya yang menaiki bot termasuk seorang lelaki yang dipercayai sebagai penasihat mereka didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuk kecuaian, berbohong dan menyembunyikan bukti.

Dalam sebuah sidang media di ibu pejabat Wilayah Polis Wilayah 1 di Bangkok, polis membentangkan ringkasan ringkas siasatan yang telah dilakukan.
Foto: Thethaiger

Ketua Polis, Leftenan Jeneral Jiraphat Phumphichit telah menolak terdapat unsur pembunuhan.

Mereka juga membuat kesimpulan bahawa kematian aktres tersebut disebabkan kecuaian seseorang di atas bot, tetapi tidak mengenal pasti suspek yang mana harus dipersalahkan.


Dalam erti kata lain, ia adalah kemalangan.

"Tangmo tidak jatuh ke dalam sungai dengan kecuaian sendiri, tetapi ada seseorang yang menyebabkan kematiannya," ujarnya.

Sementara itu, kenam-enam mereka didakwa seperti berikut:

1 - Tanupat Por Lerttaweewit (pemilik bot laju) didakwa memandu secara cuai menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menjatuhkan objek ke dalam sungai, memberi kenyataan palsu, gagal melampirkan nama bot dan memandu bot yang telah tamat tempoh pendaftaran.

2- Phaiboon Robert Trikanjananun didakwa melakukan kecuaian menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menggunakan bot dengan pendaftaran tamat tempoh dan menjatuhkan objek ke dalam sungai.

3. Wisapat Sand Manomairat menghadapi tuduhan kecuaian hingga menyebabkan kematian.

4. Nitas Jo Kiratisoothisathorn didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan menjatuhkan objek ke dalam sungai.

5. Manakala pengurus Tangmo, Idsarin Gatick Juthasuksawa didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan memberikan kenyataan palsu.

6. Selain itu, peguam, Peam Em Thamtheerasri didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan meminta orang lain membuat kenyataan palsu.

Pada 24 Februari lalu, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong dilaporkan terjatuh dari bot laju dan lemas di Sungai Chao Phraya berhampiran wilayah Nonthaburi di utara Bangkok.

Terdapat lima orang lain bersamanya pada masa itu. - CARI

Sumber: mStar Online/Thethaiger

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-4-2022 06:02 PM
                       TAMAT
Quote mamajawie 28-4-2022 09:33 AM
bila da melibatkan vvvvvvip memang habis la..
Quote lasagna 28-4-2022 09:53 AM
aku tak puas hati laa if kes dia end cenggini. moga yg trlibat dpt balasan yg lain pula. dan moga2 kes ini dibuka semula, slalu dah bertahun lamanya ada jer trselit kisah sebenar plak nti. rest in peace tangmo nida.
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 09:59 AM
sape tangmo???
Quote Kurex 28-4-2022 10:00 AM
Iols pun rasa kes ni ditutup gitu je sebab dah melibatkan vvvvvvvvvvvvvvip yg juga bakalan bertemu Tuhan jugak nanti

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044953 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top