Noorkhiriah menyesal apabila dia pernah mencukur kening satu ketika dulu. Noorkhiriah, 43, menerusi hantaran di TikTok berkata, itu semua dibuat ketika 'zaman jahiliah' dirinya.
Ia bagi menjawab pertanyaan netizen adakah dia mencukur kening. "Ya, dulu saya cukur kening, tapi sekarang tak. Boleh tengok kening saya sekarang. Ia tak nak tumbuh. Zaman jahiliah saya memang cukur. Sekarang tak mahu lagi. 'No more cukur cukur'. Menyesal," katanya.
Hantaran video itu disertakan dengan keterangan 'jangan buat ya dik, dosa' dan tanda pagar #khiriahmenyesal #majuktaknaktumbuhdah. Video itu sudah mencecah tontonan lebih 397,000, 25,000 tanda suka dan 139 perkongsian. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT