CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Tabika Kemas Dibenarkan BerTiktok

27-4-2022 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1519| Komen: 10

REMBAU – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak mempunyai sebarang halangan buat kesemua guru tabika untuk membuat content (kandungan) di laman sosial asalkan ia memberi manfaat kepada kanak-kanak.


Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, ketika ini terdapat lebih 10,800 premis membabitkan 220,000 kanak-kanak belajar di Kemas di seluruh negara.


Foto: Kosmo

Katanya, langkah berkenaan dilihat amat membantu dalam membolehkan guru Tabika Kemas berkongsi kemahiran serta pengalaman mendidikan golongan kanak-kanak bersama guru lain.

“Namun kami tidak sesekali membenarkan aplikasi TikTok berkenaan digunakan bagi tujuan peribadi lebih-lebih lagi sekiranya dilakukan dalam waktu pejabat.


“Kita tengok content, jika memudah cara untuk mengajar kita benarkan, sebaliknya jika untuk tujuan peribadi di waktu pejabat (bekerja) kita tak benarkan,” katanya sempena Majlis Perasmkan Program Qukis dan Promosi Jualan Aidilfitri Kemas Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, di sini, hari ini.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 27-4-2022 02:56 PM
satu dah lepas...

next, propesyen mana lagi akan dibenarkan bertiketok
Quote saviour_09 27-4-2022 02:59 PM
so cikgu yg viral kata speech delay sebab parents bg gajet tu boleh bertiktok lg la?

sheols cikgu tabika kheennn?

Quote RinIna 28-4-2022 11:17 AM
saviour_09 replied at 27-4-2022 02:59 PM
so cikgu yg viral kata speech delay sebab parents bg gajet tu boleh bertiktok lg la?

sheols cikgu t ...

Sambil2 je ni kutip follower.. almaklumlah.. seller product online..
Quote SonicSiLandak 28-4-2022 12:13 PM
[youtube]9gTffAAqMsY[/youtube]
Quote Suchi 28-4-2022 12:40 PM
saviour_09 replied at 27-4-2022 02:59 PM
so cikgu yg viral kata speech delay sebab parents bg gajet tu boleh bertiktok lg la?

sheols cikgu t ...

Dia cikgu pra sekolah. Pra sekolah dibawah KPM.
Setau iols baru2 ni menteri ada sebut pasal tak benarkan cikgu main tiktok ni. Mana tah berita tu baca kat fb.
Cikgu2 lain pun tak suka kawan2 dorang bertiktok bagai ni dorang pun pelik cemana depa ni ada masa main tiktok.
Quote Artemesiaa 28-4-2022 02:06 PM
Makin ligat ler memasing nanti
Quote Orenn1 29-4-2022 03:18 AM
Boleh ke publish gambar anak org? Dah le dari pihak kjaan pulak tu.Malaysia ni undang2 dia mcm mana ye psl publish gambar budak2 ni?
Quote faraway1 29-4-2022 04:35 AM
boleh ke siar gambar budak? my daughter school siap ada borang kena sain, tengok kat facebook
sekolah siap blurkan muka budak, tu mesti parents tak kasi kebenaran.. no tiktok ke apa..
daughter kelas kirim gambar melalui website, siap notis hanya download gambar anak aje dan
jangan publish tanpa kebenaran..
Quote kam3n 29-4-2022 05:26 AM
Seronoklah paedo. Follow tiktok cikgu tabika aje, maklumat di hujung jari.
Quote n3ar 29-4-2022 07:43 AM
aku tengok sekarang, cikgu tadika tiktok, cikgu sekolah tiktok... polis tiktok, askar pun tiktok, bomba tiktok, nurse tiktok, doktor tiktok..


memang genarasi sekarang generasi tiktokers ke....mostly perempuan la, sambil2 joget, buat muka lawa promote produk kosmetik hauk

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.359703 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top