CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Sakit Pujuk Suruh Tidur- Anak Menderita Ketumbuhan Di Leher, Bidan Kata Lain Doktor Kata Lain

27-4-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1833| Komen: 7

Balik Pulau: "Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu memujuk anak supaya kembali tidur setiap kali dia menangis mengadu sakit," kata Noraini Aziz, 39, selepas anaknya menghidap ketumbuhan di leher sejak berusia tiga tahun.


Ibu tunggal itu berkata, pada awalnya ketumbuhan di leher kiri Nurul Safika Abdullah, 9, hanya sebesar guli dan bidan kampung hanya memberitahu bengkak itu disebabkan angin dalam tubuh.

Menurutnya, bagaimanapun bengkak itu kian membesar ketika Nurul Safika berusia lima tahun sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Balik Pulau dan Hospital Pulau Pinang hampir setiap minggu untuk mendapatkan rawatan.


Foto: Harian Metro


"Setiap enam jam saya akan memberi Safika minum ubat melalui saluran tiub mengikut nasihat doktor," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.

Ibu kepada empat anak berusia lima hingga 14 tahun itu berkata, Nurul Safika boleh menguruskan diri seperti berjalan tanpa dipapah, mandi, menukar pakaian dan menyuap makanan sendiri.

"Tapi Safika tidak boleh terlalu lasak dan doktor mengingatkan bahawa dia berisiko mengalami kelumpuhan jika tidak dijaga dengan rapi.

"Anak saya juga tiada masalah menelan makanan. Tetapi ada makanan seperti pisang, kekacang dan sesetengah makanan laut yang jika dimakan akan menyebabkan gatal-gatal dan timbul kesan tompok merah," katanya.

Noraini yang mengalami masalah pendengaran berkata, dia tidak bekerja dan bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan selain dibantu pelbagai pihak seperti wakil rakyat dan individu persendirian.

"Saya pernah menjadi mangsa penipuan apabila semua wang dalam akaun bank lesap sekelip mata pada 7 Julai tahun lalu.

"Saya terima panggilan meminta gambar bahagian hadapan dan belakang kad ATM selain nombor kod pengesahan transaksi (TAC). Panggilan itu sebenarnya anak sulung saya yang jawab dan perkara itu berlaku begitu pantas.

"Bagaimanapun saya bersyukur ramai sudi bantu dan saya tidak terasa berseorangan menghadapi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Simpang Empat, Idzham Ahmad berkata, Nurul Safika sudah menjalani pembedahan pada Februari lalu namun bengkak yang sedikit surut kembali membesar dan dia dijadual menjalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Jun ini.

"Safika perlu dirujuk kepada pelbagai doktor pakar seperti pakar otak, telinga, mata dan salur darah. Selepas MRI nanti, baru doktor menetapkan bila pembedahan kali kedua boleh dilakukan.

"Punca ketumbuhan tidak diketahui dan ia tidak pula mengeluarkan air bisa atau nanah. Pihak MPKK sentiasa prihatin dengan keluarga ini dan membuat lawatan dari semasa ke semasa untuk melihat bantuan apa yang boleh dihulurkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alongweeda 27-4-2022 02:34 PM
Allahuakbar...moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan sgl urusan
Quote zarulnazmi 27-4-2022 04:17 PM
ada juga yang ambil kesempatan. semoga mereka sekeluarga dirahmati Allah dan semoga scammer tu dilaknati dunia akhirat.
Quote Dwdrum 27-4-2022 04:25 PM
Tinggal di penang masih cari bidan dan dengar cakap bidan... Banyak pakar di penang.. Banding kan dengan hospital lain di utara...
Quote talapia 27-4-2022 04:54 PM
tak boleh remove ke tumour tu? Dari saiz guli ke beso gini..aduila.. Ada terbaca semalam kt fb kisah seorang adik ni.. Raudhah.. bermula dengan ada tumour di belakang kepala.. sangat progressive. Detect baru tahun ni rasanya.. dari awalnya mengadu pening.. tiba2 tak boleh berjalan.. now keadaan makin merosot.Tumor tu jenis cancer. Moga anak2 ini diberikan kesembuhan.. dan diangkat kesakitan dr mereka..
Quote hashashes 28-4-2022 07:41 AM
Allah. Sayu hati aku bila anak rasa sakit tu pasti suruh tido sebab mesti rasa helpless sgt  xtau nak suruh dia buat apa lagi kan . Semoga dipermudahkan semua. Ada g6pd ke anak dia ni? X detect masa baru lps lahir?
Quote Decaffeinated 28-4-2022 07:49 AM
Mak ada masalah pendengaran, anak ada ketumbuhan, kena scam. Plot movie apa yang aku baca ni. Biasa dengar ungkapan too good to be true ja.
Quote kelip2_07 28-4-2022 10:39 AM
ptutnye dr awl tu lps jmpe bidan pegi jgk hospital..dua2 cara buat..kesian ank dia dh bsr ketumbuhan tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031738 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top