Mahu mendekatkan diri dengan peminat, penyanyi Elyana membuka gerai menjual pakaian dan makanan di tiga lokasi di sekitar Lembah Klang sepanjang Ramadan.
Mengakui seronok dapat berjumpa peminat dan pelanggan, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata dia tidak berdepan sebarang cabaran ketika berniaga. "Sepanjang Ramadan ini memang saya berniaga... antara lokasi saya berniaga di Publika, Bangi dan Puchong. Bukannya nak berniaga sangat tapi sebenarnya nak lebih dekat dengan peminat. "Sebab itu kita berniaga di sekitar KL dan Selangor. Senang la untuk peminat nak membeli dan bertemu dengan saya. Cabaran berniaga bulan Ramadan ini, saya rasa biasa saja.
"Cumanya kita tak dapat makan dan minum, jadi penat sikit. Waktu pelanggan datang membeli pun lain sebab mereka pun tengah berpuasa... jadinya selepas berbuka barulah ramai orang," katanya kepada mStar.
|
mamajawie replied at 27-4-2022 12:13 PM
kalau bebas kanser kena kimo lagi ke?
ADVERTISEMENT