CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kematiannya menyedihkan,"-Lelaki OKU Malaysia Digantung Sampai Mati Di Singapura

27-4-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 750| Komen: 0

SINGAPURA – Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) dari Malaysia dihukum gantung sampai mati di pusat tahanan Singapura, awal pagi ini.

Kematian Nagaenthran K. Dharmalingam disahkan oleh adiknya, Sarmila Dharmalingam selepas rayuan terakhir defendan ke atas hukuman tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan Singapura, semalam.

Nagaenthran didapati bersalah atas kesalahan mengedar heroin di republik itu pada 2009 apabila ditahan dengan dadah jenis heroin seberat hampir 43 gram semasa cuba memasuki Singapura.


Foto: AFP

Mendiang kemudiannya dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun berikutnya, namun berjaya ditangguh sehingga 2022 menerusi beberapa siri rayuan dan petisyen yang dilakukan oleh pihak peguam bela.


“Kami sekeluarga masih sukar mempercayai kerajaan Singapura tetap meneruskan hukuman mati ke atas abang saya meskipun terdapat banyak rayuan dari pelbagai pihak di peringkat antarabangsa untuk menghentikannya.

“Kematian Nagaenthran amat menyedihkan dan kami masih terkejut dengan kejadian ini,” ujar Sarmila.

Singapura adalah antara negara di dunia yang sangat tegas dalam pelaksanaan hukuman yang membabitkan kesalahan penggunaan dan pengedaran dadah. – CARI

Sumber: AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.036507 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top