"Assalamualaikum warga shawl. Nak tanya korang (anda), siapa tahu 'tutorial' pakai shawl macam Izara (Izara Aishah) ni? Isteri aku kata nak pakai gaya ni raya nanti. Sudah dua hari dia cari 'tutorial' tak jumpa sampai 'badmood'. Demi isteri tercinta, tolong bantu saya."
Itu ciapan seorang warganet yang menggunakan akaun @luqman_kaka dengan niat mahu menggembirakan hati isterinya yang ingin menggayakan tudung seperti Izara Aishah hingga mendapat perhatian pelakon itu.
Menerusi hantaran di TikTok, Izara 'menghadiahkan' video tutorial cara menghasilkan gaya tudung yang dikenakan. Menurut Izara, 30, dia tersentuh dengan cara lelaki itu yang mana mahu memuaskan hati isteri tercinta. "Jumpa satu tweet seorang suami ini. Dia nak bagi isteri gembira. Dia ada memuat naik gambar saya ketika sesi fotografi menggayakan shawl ini. Katanya isteri cari 'tutorial' pakai tudung ni, tapi tak jumpa. "Saya ini memang lembut hati sangat apabila seorang suami nak 'please' isteri dia dan bahagiakan. Saya pun tunjuk dan harap ia boleh buat isteri dia gembira," katanya. Video tutorial berdurasi lebih tujuh minit yang dimuat naik sejak tiga hari lalu itu mencecah tontonan lebih 3.9 juta, lebih 546,000 tanda suka, 12,000 komen dan 27,000 perkongsian semula. -CARI Sumber: Harian Metro
|
seri_mawr replied at 27-4-2022 03:05 PM
izara ni lawa...berbelit2 ruper pochong pun ...klu dia yang pakai tetap la lawa..huhu..
Normabaru replied at 27-4-2022 02:22 PM
Hahaha kaka pon nmpk yg ni td..dlm hati apelaaa pyh naw..pki jela tudung cara simple..pening tgk t ...
kepompong replied at 27-4-2022 06:14 PM
Ada…. suami yg half2 kelempok. atau suami yg mata keranjang. Mmg jenis suka nak “gembirakan wife ...
deebiz14 replied at 27-4-2022 12:52 PM
Awat ke kutub selatan sangat kopeknya.
Sulit naw la nak berpin2 kat blakang. Takut terterik kain ...
ADVERTISEMENT