CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gila! 9 Jam Bersih Telur Kutu Di Kepala Budak 12 Tahun

27-4-2022 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5369| Komen: 58

Seorang pendandan rambut mengambil masa sembilan jam untuk membersihkan telur kutu dari kepala seorang kanak-kanak di Australia.

Rachel Maroun, 21, berkongsi video itu menerusi TikTok mengenai usahanya mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak berkenaan.


Kredit foto: Jam Press

Satu kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang berdepan masalah kutu, yang kronik.

Kanak-kanak itu sudah mengalami masalah itu, selama enam bulan.

Keadaan itu juga menyebabkan keluarganya bergelut untuk menjalankan rawatan di rumah kerana ketidakupayaan kanak-kanak itu untuk menyisir sendiri rambutnya.

Kanak-kanak itu mengalami kegatalan kulit kepala melampau menyebabkan ibu bapanya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan profesional daripada Rachel.

Ketika tiba untuk menerima rawatan, penggaya rambut itu terkejut dengan keadaan kanak-kanak itu sehingga telur kutu memenuhi kulit kepala, tengkuk dan pakaiannya.

"Saya sangat terkejut melihat jumlah telur kutu yang begitu banyak dan menjadikan kulit kepalanya sebagai sarang.

"Bagi kes kronik seperti ini, jalan terbaik adalah mencukur kepalanya, namun bagi kanak-kanak seusia ini, dia masih terikut-ikut dengan gaya animasi Rapunzel.

"Saya menghabiskan tiga jam setiap kali rawatan untuk menyikat rambutnya dan ada sesetengah tempat tidak boleh dirawat ketika pertemuan kali pertama.

"Di atas telinganya juga, dipenuhi telur kutu menyebabkan rambutnya melekit.

"Saya perlu ambil masa kerana mahu dia berasa selesa sepanjang proses rawatan dibuat dan akhirnya kami berjaya," katanya.

Selepas tiga rawatan dengan setiap sesi mengambil masa tiga jam, telur kutu akhirnya dapat dibuang dari rambut kanak-kanak itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 27-4-2022 10:43 AM
geli betul
Quote venom1 27-4-2022 10:46 AM
botakkan je. kan rambut tumbuh balik lepas tu
Quote syamzana 27-4-2022 10:53 AM
eeuwwwww pengotornya makayah dia smpai tggu berbulan pdhal blh je ptg dulu rambut tu. malam2 sisir la dgn sikat yg rapat2 tu ke kat tmpt mat saleh takde sikat tu
smpai melekat2 gitu, gigih xnak ptg rmbut lagi, gaya rapunzel berkutu ke anakkk
Quote Acikgomen 27-4-2022 10:55 AM
syamzana replied at 27-4-2022 10:53 AM
eeuwwwww pengotornya makayah dia smpai tggu berbulan pdhal blh je ptg dulu rambut tu. malam2 sisir l ...

Kembang kempis idong acik dok imejin betapa kepamnye bantal kepala bdk tu
Mesti bilik dia busuk, tilam tu mesti penuh kutu jugak
Quote vanillaninja 27-4-2022 10:55 AM
6 bulan budak ni tahan azab kepala gatal? Kesiannya la.
Quote darkness 27-4-2022 10:58 AM
Ya ampun..pprtnya hidup. Dah jadi sarang kutu pun masih xnak potong rambut tu ye
Quote SonicSiLandak 27-4-2022 10:59 AM
pengotornya bangsa etis ni...
Quote makita 27-4-2022 11:02 AM
Amek je ridset tu haaaa. Seperay 1 kepala. Kutu tu sukarela serender nanti
Quote prettyuglybabe 27-4-2022 11:17 AM
terus kepala i pun rasa gatal

ni  satu family tak pernah mandi syampoo rambut ke dalam masa 6 bulan tu?
Quote talapia 27-4-2022 11:26 AM
euuu.. kesian budak tu,. Mak ayah dia oku ke apa sampai 6 bln budak tu derita. Kot ye pon budak tu x reti nk sikat sendiri.. abis tu mak pak dia buat apa?

anak aku pun pernah jangkit kutu dari taska. Perghh.. memang azab nak sikat buang. Pakai syampu anti kutu bagai. Tetiap hari sikat sikit2.. buang.. picit kutu.. akhirnya hilang jugak dalam seminggu
Quote rospinki 27-4-2022 11:30 AM
Quote mawarkhayalan99 27-4-2022 11:40 AM
lamanya ko biarkan kutu take over kepala anak ko. selalu dlm 1-2 mggu boleh settle dah masalah ni
Quote Suchi 27-4-2022 11:53 AM
Anak iols penah kena kutu masa darjah 1. Dia pakai tudung pun leh dapat kutu gak drpd budak lain. Balik sekolah dia terkeruk2 gatal iols pun g cek tgk ada kutu kat serkup kepala tu.
Apa lagi terus amik sikat setelkan semua kutu2 sblm membiak lebih byk.
La ni dh menengah masalah kepala gatal berminyak sbb kelemumur plak kot. Rambut jenis tebal lebat pakai tudung panas2 gatal le kepala.
Biasa kalau kelemumur tenyeh ngn limau nipis mmg hilang tp pedih gila laa.
Quote Mary_jane 27-4-2022 12:01 PM
Erghh rasa gatal badan tengok.
Quote monreyes 27-4-2022 12:45 PM
buang masa je..baik botakkan trus
Quote Dwdrum 27-4-2022 12:59 PM
Edited by Dwdrum at 26-4-2022 09:00 PM

Adults yang ada kutu cara paling mudah buang kutu pergi hair saloon.. Dye saja rambut... Cari kutu buang masa

Jangan buat selalu risk untuk cancer tinggi
Quote umbut 27-4-2022 01:04 PM
Botakkan je lah.. Apa susah
Quote reddots 27-4-2022 01:08 PM
ni lah yg dikatakan parents berajakan anak! terlalu menurut kehendak anak.
setakat trend nak berepunzel, boleh jer slow talk ngan budak tu. lepas. cukur, rambut lagi lawa n mudah panjang.

eiii x leh bayangkan. kekepaman kepala budak ni.  kutu ni pun sama mcm virus.  bila sorang dah kena, yg dekat2 pun akan dihinggapi kutu.. ntah2 mak bapak pun sama ada kutu.
Quote makton 27-4-2022 01:12 PM
ya rabbi byknya kutu

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060152 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top