Penguat kuasa didakwa tidak mampu untuk melakukan sebarang tindakan kepada pelaku jenayah scam ke muka pengadilan.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, jenayah tersebut sedang merebak dengan cepat di dalam negara ini. Penguat kuasa nampak tidak mampu lagi menapak dan mengheret mereka ke muka keadilan, ciapnya dalam satu hantaran di Twitter pada Selasa. Dalam ciapan balas, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut mempersoalkan mengapa gejala tersebut tidak dihadapkan ke mahkamah. “Mengapa kepala-kepala 'scammer masih tidak dihadapkan ke mahkamah? Tiada undang-undang jelas? Atau?” soalnya. Sumber: Sinar Harian
|
ADVERTISEMENT