Seorang lelaki Brazil menjadi perhatian ramai gara-gara memiliki sembilan orang isteri. Menurut Arthur O Urso, dia juga terpaksa membuat jadual untuk bersama isteri-isterinya bagi memastikan tiada seorang pun yang terabai.
Namun katanya, hal itu tidak semudah yang disangka, malah apa yang dirancang kadang-kala tidak berjalan dengan lancar. Bercerita lanjut seperti dipetik dari Daily Star, Arthur berkata, rumah tangganya melalui badai yang sama seperti pasangan-pasangan lain.
Dedahnya lagi, salah seorang daripada isterinya mahu berpisah kerana tidak suka berkongsi kasih. "Dia mahukan saya sepenuhnya. Ia tak masuk akal. Kita semua harus berkongsi. "Saya sedih dengan perpisahan ini tapi lebih terkejut dengan alasannya," ujar Arthur. Tambah Arthur, ada dalam kalangan isterinya yang akan menunjukkan sikap cemburu apabila dia membeli hadiah yang berbeza-beza buat mereka. "Bila saya bagi hadiah yang mahal kepada salah seorang isteri, akan ada isteri lain yang cemburu. "Mereka semua perlu perhatian dan seks menjadi sebahagian kehidupan harian kami. "Saya masih belajar tentang hubungan ini," ujarnya. Sumber: mStar
|
EJALTI replied at 27-4-2022 10:16 AM
Gangbang method?
ctaz replied at 27-4-2022 10:26 AM
SEBAB KAN DIA BUKAN ISLAM...
KOMPOM TAK KENA KECAM....
manzilla replied at 27-4-2022 10:09 AM
Yang ini no problem sebab non-moslem.
manzilla replied at 27-4-2022 10:09 AM
Yang ini no problem sebab non-moslem.
ADVERTISEMENT