CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Orang Dulu-Dulu Tengok Urat Daun Je Untuk Buka Puasa

27-4-2022 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2311| Komen: 15

Umat Islam era 1950-an dan 1960-an dikatakan melihat urat daun untuk berbuka puasa di bulan Ramadan.

Perkara ini diberitahu aktivis budaya dan pesara guru, Omar Azman Mohamad, 81, kepada Utusan Malaysia ketika mengimbau nostalgia amalan tradisi terdahulu.


Anak jati Kampung Pantai, Chenor Seberang itu berkata, amalan itu juga dilakukan memandangkan ketika itu tidak semua rumah mempunyai jam dan radio untuk mendengar azan maghrib.

Jadi, petua orang dulu-dulu mengatakan jika tidak kelihatan urat daun dalam rembang senja itu, baharu boleh berbuka puasa.


Suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di perkampungan Melayu tradisional Pahang iaitu di Chenor, Maran, Pahang sekitar 1950-an dan 1960-an. - GAMBAR KOLEKSI OMAR AZMAN


“Pada era tersebut, jarak rumah dari rumah jiran agak jauh, sementelah pula lokasi kampung di seberang Sungai Pahang bunyi tabuh dipalu dari masjid berdekatan pun tidak kedengaran.

“Saya masih ingat betapa meriahnya bulan Ramadan dan hari raya pada 1950-an dan 1960-an yang mana ia jauh berbeza dengan abad milenium ini.

“Sebagai budak kampung yang tinggal di Kampung Pantai Chenor, saya masih ingat jika mahu berbuka puasa dengan air batu terpaksa menyeberang sungai Pahang ke Pekan Chenor berkayuh sampan atau motor menggunakan enjin sangkut,” katanya semalam.

Bersyukur masih diberi kudrat untuk berpuasa, Omar menasihatkan generasi muda supaya mengamalkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan sebagai rakyat bertanggungjawab.

“Orang muda jangan terikut-ikut dengan provokasi pihak tertentu yang ada agenda merobohkan tamadun Melayu yang dikecapi sekarang,” katanya. – CARI

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 27-4-2022 08:05 AM
zaman kanak2 era 80an pun seronok. mmg seronok sama macam lagu Raya evergreen tu
Quote rospinki 27-4-2022 09:04 AM
indahnya sesuana dulu
Quote NadaDeafah 27-4-2022 09:21 AM
sy suka suasana kampung
Quote pekanwoohoo 27-4-2022 09:29 AM
venom1 replied at 27-4-2022 08:05 AM
zaman kanak2 era 80an pun seronok. mmg seronok sama macam lagu Raya evergreen tu

Kan. Saya membesar era 90an pun rasa zaman sebelum 2000an ni memang best. Semua benda terasa perlahan. Semua orang rileks rileks je, takde apa yang nak dikejarkan sangat dalam kehidupan seharian. Semua bergerak mengikut pace masing-masing. Nak buat apa-apa, main dekat mana-mana pun memang rasa selamat. Kalau masa puasa masa orang terawikh main tengah-tengah jalan pun takdahal, keadaan tak sesesak sekarang dengan padatnya kenderaan. Kesian anak-anak sekarang, bahaya ada di mana-mana, tak kira waktu, tak kira tempat.
Quote copy_paste 27-4-2022 09:30 AM
venom1 replied at 27-4-2022 08:05 AM
zaman kanak2 era 80an pun seronok. mmg seronok sama macam lagu Raya evergreen tu

mmg seronok,xde teknologi mcm skrg,masih lagi beraya merata dpt duit raya,
Quote damsel_fiji 27-4-2022 09:34 AM
klasiknya gambar kat atas tu..rasa cam tenang je kehidupan dorg..x mcm skrg ni byk manusia sewel akibat tiktok dan content
Quote FOTHER-MUCKER 27-4-2022 09:41 AM
Saya ada baca juga orang kampung lama dahulu tiada jam tiada radio mereka menggunakan kayu yang dipacak tegak di bawah pancaran matahari. Jika tiada bayangan itu menandakan waktu tengah hari, jika condong sedikit 12:15 condong lebih lagi 12:30 dan seterusnya.

Mereka tak bagi tau macamana nak tengok waktu jika musim hujan.
Quote batmana 27-4-2022 09:41 AM
Klu ade kamera ,gmba masa kecik tahun 50an..tu cm golongan t20 zmn ni
Quote Firenzza 27-4-2022 10:11 AM
Klau mendung time asar sampai nk buka, mau berbuka awal org kg gamaknya
Quote SonicSiLandak 27-4-2022 10:28 AM
bangsa etis ada perayaan tak???
Quote Simunggu 27-4-2022 12:01 PM
lepas berbuka, solat mandi sungai..mesti membuang tu kan...timbul lah tu kan???
Quote stingeramdhan 27-4-2022 12:10 PM
Nostalgia... konsert raya yg aku mampoo nonton 2 minggu lepas eid...waktu darjah 4(dont bother to do your math)

[youtube]l2gCALbYlvk[/youtube]
Quote belutcute 6-7-2022 09:09 AM
seronoknya...
Quote shinkansen22 6-7-2022 09:12 AM
Good info, baru tahu zaman dulu tgk urat daun.
Kat atas flight, tengok silver lining menandakan masuk maghrib.
Biasa kita kecik2 dengar azan,
Tp sekarang azan volume makin slow, terpaksa kita tengok muslim pro apps utk accurately tengok waktu solat

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065005 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top