CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ukraine Minta AS RM8.71 Bilion Sebulan

27-4-2022 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 872| Komen: 0

Menteri Kewangan Ukraine, Sergey Marchenko dilaporkan meminta sekurang-kurangnya AS$2 bilion (RM8.71 bilion) sebulan sebagai bantuan ekonomi kecemasan daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.


Bercakap kepada Washington Post, Marchenko berkata, Ukraine memerlukan bantuan kewangan itu dan memenangi perang Ukarine.


Janet (tengah), Marchenko (kanan)/Kredit foto: AFP

Semasa lawatannya ke Washington pada minggu lalu, Marchenko bertemu dengan beberapa pegawai kanan AS, memberi amaran kepada mereka bahawa tanpa sokongan kewangan yang diminta, Ukraine berkemungkinan tidak akan dapat menangani krisis kemanusiaan disebabkan serangan tentera Rusia.


Sejumlah AS$5 bilion (RM21.77 bilion) sebulan diperlukan untuk menampung keperluan segera Ukraine pada April, Mei dan Jun, jelas menteri itu.

Sejak permulaan serangan tentera Rusia di Ukraine pada akhir Februari lalu, AS telah mengeluarkan kira-kira AS$1 bilion (RM4.35 bilion) dalam bentuk bantuan ekonomi untuk Kiev.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen memberitahu pemberita pada Khamis lalu bahawa AS perlu mencari kaedah untuk memenuhi keperluan Ukraine.

Komennya itu dibuat sejurus selepas Biden menjelaskan bahawa beliau akan meminta Kongres AS memberi lampu hijau untuk menghulurkan lebih banyak bantuan kewangan kepada Ukraine. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075384 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top