CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kita Kerja Bukan Cari Glamor Macam Artis'

27-4-2022 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1646| Komen: 10

"Saya tidak mahu kita buat kerja nak cari 'glamour' (populariti), kita bukan artis," ujar Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berhubung isu video tular seorang pegawai polis wanita membuat rakaman video secara langsung menerusi 'gTikTok ketika serbuan di sebuah pusat hiburan di Serdang, Selangor, Jumaat lalu.


Beliau berkata, semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka diingatkan menjunjung tinggi budaya kerja serta sentiasa jujur dalam melaksanakan tugas.


ZAINOL (kanan) menyampaikan duit raya dan barangan makanan kepada penerima pada Program Inspirasi Qaseh Ramadan 2022 di Dewan Serbaguna IPK, Ayer Keroh.

Menurutnya, pesanan itu termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tatacara penggunaan media sosial ditetapkan bagi mengelak sebarang masalah.


Katanya, perbuatan seperti membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika menjalankan tugas rasmi untuk tujuan peribadi perlu dielakkan sama sekali.

"Jangan buatlah (rakaman video TikTok). Kerja kita ini buatlah dengan ikhlas dan jujur. Itu sudah cukup," katanya pada sidang media selepas Program Inspirasi Qaseh Ramadan (PIQR) 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang di sini, semalam.

Sebelum ini tindakan pegawai berpangkat Asisten Superintendan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu dikecam netizen dengan ada mendakwa ia untuk tujuan peribadi iaitu bagi tujuan mempromosikan akaun TikTok.

Dalam perkembangan lain, Zainol berkata, hanya 250 orang daripada kira-kira 2,800 pegawai dan anggota polis kontinjen Melaka dibenarkan bercuti bagi menyambut Aidilfitri, tahun ini.

"Kebenaran bercuti ini diberikan mengikut arahan dikeluarkan pimpinan tertinggi PDRM iaitu hanya 10 peratus bagi setiap jabatan dan yang lain dibekukan bagi penugasan memastikan keselamatan rakyat dan kelancaran sambutan Aidilfitri.

"Kita merangka strategi bagi memberi kemudahan kepada rakyat yang nak balik ke Melaka mahupun yang nak keluar beraya di kampung contohnya mengadakan kempen cegah jenayah dan rondaan rumah.

"Jadi mana-mana orang yang nak balik bercuti dinasihatkan mengisi borang khas dan kembalikan kepada polis supaya kita ada data mencukupi untuk membuat rondaan rumah," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-4-2022 10:03 AM
kahkahkah..kena setepek la acik asp tu..bukan takat dia je ramai pepolis muda plus kertu acah2 muda suka bebenau main tiktok gelek2 pakai uniform..cam haram jadah
Quote Skuau 27-4-2022 10:09 AM
mamajawie replied at 27-4-2022 10:03 AM
kahkahkah..kena setepek la acik asp tu..bukan takat dia je ramai pepolis muda plus kertu acah2 muda  ...

ok lg banding ngn 'berkawtim'...
Quote nawtylulu 27-4-2022 12:22 PM
polis2 muda ni mmg kdg x thu etika kerja.. maklumla msok pon pkai kelulusan tros pngkat tggi. beza dgn polis lama2 yg stat dr bwh.
Quote SonicSiLandak 27-4-2022 12:26 PM
masing2 kawad mengengkang ada hati ngutuk polis... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
Quote lemak_masin 27-4-2022 12:30 PM
Malunye muka polis pompuan tu.. dipetik kiri kanan menjadi contoh kelaku tak elok.. mana nak srok muka wehh.. dah la awak tu polis berpangkat..
Quote ally9970 27-4-2022 01:07 PM
Kat tiktok ramai buat content semasa pakai uniform polis, apa yg dorang nak buktikan pun tak tau lah.... I mean kalau nak buat tiktok pun, bukaklah uniform tu dulu...
Quote ezacbee 27-4-2022 01:17 PM
ally9970 replied at 27-4-2022 01:07 PM
Kat tiktok ramai buat content semasa pakai uniform polis, apa yg dorang nak buktikan pun tak tau lah ...

Kalau bukak uniform orang xtau, kenalah tayang uniform berpaku. Baru ramai followers.
Quote caprut 27-4-2022 01:45 PM
ally9970 replied at 27-4-2022 01:07 PM
Kat tiktok ramai buat content semasa pakai uniform polis, apa yg dorang nak buktikan pun tak tau lah ...

Selamat ckgu xde uniform. Dua kerjaya ni paling kuat suka buat konten. Nmpk sgt byk masa trluang. Klo buat konten je xpe. Ni bygkan nk buat konten yg lawa. Mesti kena edit, boh filter itu ini. Buat ayat2 sikit
Quote Decaffeinated 27-4-2022 02:33 PM
Lepas ni nak hire polis pompuan amik pengkid muka pecah ja lah.

Bukan yang fefeeling retis gerak khas.

Quote Orenn1 27-4-2022 03:06 PM
Nampak bodohh sgtt acik tu pun, benda simple pun tak tahu, heran mcm mana dia blh jd ASP, over sgtlah nak menunjuk kat org dia tgh buat operasi, dasar gila glamour. Bodoh bangang sgt2 mcm takde akal fikiran, heran mcm mana dorg hantar dia sana sini, maybe baik dgn boss kut.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.039296 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top