CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Panik, Balai Cerap Al-Khawarizmi Nafi Sambutan Aidilfitri Awal Sehari

27-4-2022 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13498| Komen: 159

Balai Cerap Al-Khawarizmi menyangkal dakwaan kononnya Aidilfitri tahun ini akan disambut sehari lebih awal dan bukannya pada 3 Mei.

Menerusi kenyataannya di Facebook rasmi agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Balai Cerap berkenaan memaklumkan tangkap layar yang tular itu adalah palsu.



Kenyataan itu juga memaklumkan, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan Rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.

Terdahulu, tular tangkap layar kenyataan kononnya dikeluarkan pihak Balai Cerap Melaka meminta umat Islam bersedia untuk kemungkinan tarikh Syawal tahun ini berubah kepada awal sehari daripada yang tertera di kalendar.


Hal ini kononnya perkiraan syarat kenampakan Hilal tahun ini mengikut format baharu dan umat Islam diminta bersedia sekiranya diumumkan pada 2 Mei.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 26-4-2022 10:38 PM
Bio betul... Ak closing kot senin tu.. X raya la gamaknya
Quote manzilla 27-4-2022 12:02 AM
Kalau kalendar kuda silap, aku akan telan dua batang bunga api.
Quote R2D2 27-4-2022 12:40 AM
Dakwaan raya awal tidak tepat
Oleh Ilah Hafiz Aziz - April 26, 2022 @ 11:19pm



KUALA LUMPUR: Balai Cerapan Al-Khawarizmi hari ini menafikan bahawa sambutan Aidilfitri akan disambut pada 2 Mei atau Isnin depan, seperti tular sejak pagi tadi.

Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan di Facebook berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.

Katanya, kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).

"Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi yang sudah ditetapkan di seluruh Malaysia dan hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

"Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H. Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja," katanya.

Orang ramai hari ini mula berkongsi tangkap layar perkongsian yang mendakwa sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan disambut sehari lebih awal iaitu pada Isnin depan, berbeza dari kalendar yang ditetapkan.

Ia turut meminta orang ramai melakukan persediaan untuk mengelakkan sebarang kejadian panik jika sambutan perayaan itu disambut lebih awal.
Quote fefeeling 27-4-2022 12:46 AM
Awal ke lewat ke, kuih raya aku dah habis berbalang-balang dah laki aku kejekan.. lantak la labu nk raya hari apa pun…
Quote mbhcsf 27-4-2022 01:23 AM
kecoh balai cerap AL - Khuwarizmi
Quote buragazz 27-4-2022 08:49 AM
Benau ker.. dah ler rendang aku tempah senin baru siap..
Quote vespa_oren 27-4-2022 09:04 AM
manzilla replied at 27-4-2022 12:02 AM
Kalau kalendar kuda silap, aku akan telan dua batang bunga api.

Mcm tahun lepas ada kalendar kuda silap
Quote dodolgemok 27-4-2022 09:05 AM
Kalau raya senin, rabu dh kena masuk kerja. So kepada pembuat berita palsu, pakchu!
Quote zidane_ziege 27-4-2022 09:16 AM
Singapork raya isnin..Arob raya ahad..betul ke?
Quote elzy 27-4-2022 10:40 AM
Raya awal atau lambat aku tak kisah sangat, apa yang aku kisah tak apply leave hari Rabu..
Quote NickiMinaj 27-4-2022 10:42 AM
possible jugak tau, sbb saudi raya 1st May. selalunya kita raya the day after saudi. jeng jeng
Quote wirazam 27-4-2022 10:43 AM
manzilla replied at 27-4-2022 12:02 AM
Kalau kalendar kuda silap, aku akan telan dua batang bunga api.

Wahhhh..nak screen shot awal awal nih...nanti buat live ye..hahaha..

Tiba2 tingat kat sorang warga jdt dulu yg janji nak berbogel bila jdt kalah hahaha
Quote ezacbee 27-4-2022 10:44 AM
zidane_ziege replied at 27-4-2022 09:16 AM
Singapork raya isnin..Arob raya ahad..betul ke?

Singapore raya isnin? wah boleh beraya awal camtu.. tibe
Quote wirazam 27-4-2022 10:45 AM
fefeeling replied at 27-4-2022 12:46 AM
Awal ke lewat ke, kuih raya aku dah habis berbalang-balang dah laki aku kejekan.. lantak la labu nk  ...

Allah..masa pkp dulu pun mcm tak biasa org Malaysia ni X beraya salam...knp tahun nih nak gelabah sgt...buat lex lex dah lar
Quote isseliparjepun 27-4-2022 11:13 AM
Mak I pun cakap pasal benda ni, maka I pun terangkan, mesej ni I pernah baca tahun lepas ke few years back. So jangan bimbang. Kalau ada perubahan  , mesti akan dihebahkan di media massa juga.
Quote ulamalu 27-4-2022 11:48 AM
Edited by ulamalu at 27-4-2022 12:07 PM
zidane_ziege replied at 27-4-2022 09:16 AM
Singapork raya isnin..Arob raya ahad..betul ke?


Eh, Singapore dah tahu awal ke?  Mcmana mrk decide? X payah tunggu Penyimpan Mohor Besar Raja2 mcm kita kan

Yg tahu Singapore dah revised dari Isnin ke Selasa, ni berita akhir tahun lepas.

https://www.beritaharian.sg/setempat/hari-raya-2022-dianjak-sehari-aidilfitri-kini-pada-3-mei-aidiladha-pada-10-julai
Quote Simunggu 27-4-2022 11:52 AM
elzy replied at 27-4-2022 10:40 AM
Raya awal atau lambat aku tak kisah sangat, apa yang aku kisah tak apply leave hari Rabu..

bukan Rabu sepatutnya cuti sbb Monday tu kan cuti ganti sbb labour day jatuh Ahad...raya selasa atau isnin..Rabu tetap cuti sbb cuti ganti Hari Buruh jatuh Ahad ini
Quote testly 27-4-2022 11:54 AM
X silap, dedulu dedulu lah, ada ja kita raya awal dr kalendar kuda tu, mcm sekali je kot. Tp, mmg sedikit kelam kabut lah jdnya semua orang.
Tapi, mmg sgt jarang berlaku, tapi masih boleh berlaku.
Lg bertambah jem highway sabtu ni...silap2 jem plg teruk dr sebelum2 raya sebelum era covid ni kot.
Quote prettyuglybabe 27-4-2022 12:16 PM
teringat dulu masa kecik ramai-ramai dok depan tv tunggu pengumuman raya..
kalau umum lusa raya semua monyok kena puasa lagi sehari..
kalau umum esok raya, kami budak-budak dok happy gila tapi orang dewasa kelam kabut nak gi masak rendang ketupat lemang bagai..

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.084995 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top