Apabila bercerita mengenai haid, memang banyak sangat perkara yang perlu kita tahu mengenai hal ini. Untuk pengetahuan semua, tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang normal setiap bulan. Ada wanita yang cuma datang haid beberapa bulan sekali oleh kerana masalah hormon. Namun, lain yang terjadi dengan kisah seorang gadis ini. Gadis yang dikenali sebagai Alisya itu meluahkan perasaan cemasnya di Tiktok apabila haidnya datang selama dua bulan tanpa henti. Oleh kerana risau dengan hal yang tidak normal itu, dia terus membuat pemeriksaan kesihatan.
Tambah gadis ini, pada mulanya dia diberikan ubat untuk menghentikan period, namun selepas beberapa minggu keadaan masih sama seolah-olah tiada kesan. Dia kemudian dirujuk kepada doktor pakar. Selepas melakukan ultrasound dan ujian MRI, doktor memberitahu bahawa buah pinggang di sebelah kanan gadis ini masih 'ada' namun mengecut dan tidak berfungsi. Menurut gadis ini, doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar terjadinya pengecutan buah pinggang kanannya. Namun, gadis ini berasa ia mungkin berkait dengan tabiat pemakanannya yang gemarkan fast food sewaktu bekerja dahulu. - CARI
|
musangbodoh replied at 27-4-2022 09:34 AM
buah pinggang kering pernah dgr
buah pinggang bocor pun pernah dgr...nie kte2 doktor
Namun, gadis ini berasa ia mungkin berkait dengan tabiat pemakanannya yang gemarkan fast food sewaktu bekerja dahulu.
ipes2 replied at 27-4-2022 03:15 PM
terima kasih tagged saya, musang
kidneys ni byk jugak ada congenital issues, eg 1 je tumbuh, kdg2 ...
becir replied at 28-4-2022 12:57 PM
doc i wonder la kalau collagen yg style minum tu kan, is it ok for kidneys? sebab ada jual kat pha ...
ADVERTISEMENT