CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Melayu Lah Kalau Tak Riak,"-Wanita Tukar Duit Raya RM2 Juta

26-4-2022 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11843| Komen: 139

Tular di laman TikTok apabila seorang wanita memuat naik sebuah video yang melihatkan dia pergi ke bank bagi mengeluarkan duit raya.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita tersebut memberitahu dia pergi ke bank hanya dengan memakai pakaian yang biasa-biasa sahaja iaitu t-shirt biru bersama kain batik, tetapi masih menerima layanan yang baik oleh pegawai bank di situ.

Difahamkan dia telah menukarkan duit sebanyak RM2 juta, sebelum ia dipercayai ditukarkan ke sebuah bilik khas memandangkan jumlah tersebut bukanlah sedikit.

Foto: IG

"Tak tukar banyak pun, dua juta je"

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi.



Melihat kepada tindakan wanita terbabit, ada yang mengaitkan ia dengan sikap melayu kaya yang sentiasa riak dalam menunjukkan harta benda dan kekayaan yang sedia ada kepada khalayak umum.

Selain itu, terdapat warganet mengatakan jika seseorang tersebut, benar-benar kaya, dia tidak akan menunjukkan kekayaaannya di media sosial seperti mengeluarkan duit di kaunter bank.



Di samping itu, terdapat segelintir warganet meluahkan harapan semoga wanita tersebut tidak menjadi mangsa samun atau rompak oleh individu tidak bermoral di kawasan tersebut kerana wang yang dikeluarkan bukanlah sedikit, sebaliknya bernilai RM 2 juta.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet berbangga atas kejayaan yang dicapai oleh wanita tersebut, meskipun perkongsian tersebut boleh mendatangkan kesan buruk. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 26-4-2022 06:42 PM
Bijak sungguh letak diri dalam bahaya.. tahniah
Quote edayildiz 26-4-2022 06:43 PM
spesis ady kana ke ni..semua nk kena update kt tiktok..menyampah bethol
Quote krustykrab 26-4-2022 06:45 PM
Para.penyamun..sila mark pompuan ni
Quote krustykrab 26-4-2022 06:45 PM
Meluat sungguh la aku dgn background lagu cilanat tu
Quote lattehazelnut 26-4-2022 07:00 PM
Xreti pkai eduit raya atau online transfer ke?
Marhain mcm i tukar duit rm1 and rm5 pun pnah kat bilik khas sbb kaunter beratur panjang sgt..
Quote zulfahmimaidin 26-4-2022 07:18 PM
ni semua salah diva
Quote annehuda 26-4-2022 07:22 PM
Ko keje cuci duit ke dik bawak cash ke hulu ke hilir
Quote Normabaru 26-4-2022 07:22 PM
Bodoh laaa..klu kua duit cash in huge amount (by huge kaka maksudkan lebih 4figures) tu dh mmg kena masuk bilik utk kiraan duit Dan safety..xperlu 2Juta Pon

Propa acik ni
Quote faraway1 26-4-2022 07:31 PM
Edited by faraway1 at 26-4-2022 06:32 AM

Bank kasi tukar camtu aje ke?

Sebab jumlah besar, bank tutup sekejap dari public, buat siasatan, plus 2 juta mesti kena ramai orang pikul bag.. basé tengok movie hehehe
So nipu 2 juta..
Quote Delifrance 26-4-2022 07:38 PM
Dia nganjeng balik je kat sapa2 yg kecam dia. Menyombong sgt.
Quote kasibiman 26-4-2022 07:43 PM
Bank apa Tu counter cikai satu mcm.
Quote mrsamz 26-4-2022 07:43 PM
Jadah bawak 2 juta melenggang pakai kebaya gitu..easy target..bodo nye laa..kalau aku laa..alang2 nak tunjuk ada 2 juta, kasi dress up satu kali nampak mcm special agent..kasi nampak ganas2 sikit bior org tengok pun rasa respek..ni pompuan melenggang tergedik2 dgn kebaya..nampak lemahhh
Quote doubleharmonic 26-4-2022 07:55 PM
Normabaru replied at 26-4-2022 11:22 AM
Bodoh laaa..klu kua duit cash in huge amount (by huge kaka maksudkan lebih 4figures) tu dh mmg kena  ...

kan chuolss? tu lah iols pelik boleh pulak urusniaga juta2 kat kaunter luar tu jah? lepas tu kalau dah sampai jota2 bukan dapat bnm alert kerr? lepas tu pihak bank bagi jah heshe merakam buat live tiktok bagai kat situ?

Quote iraizz 26-4-2022 07:58 PM
krustykrab replied at 26-4-2022 06:45 PM
Meluat sungguh la aku dgn background lagu cilanat tu

Rempit sungguh lagu background tu, entah kenapa femes kat mesia tah, tang chorus je lagu tu macam in...kalau dengar full tak le best mana
Quote Normabaru 26-4-2022 08:18 PM
doubleharmonic replied at 26-4-2022 09:55 PM
kan chuolss? tu lah iols pelik boleh pulak urusniaga juta2 kat kaunter luar tu jah? lepas tu kalau ...

Kaka baru nk ckp benda BNM alert tu..ingt xkena isi borang and xkena buat declaration ke..

Fyi six figure withdrawal pon belom tentu blh bt in one day siap kena set appt and kena inform jumlah tu in advance ke manager bank..

Juta2 ni org pki wire transfer or TT je..

Jgn nk bongak sgt laaa...bank mana bg rekod OTC gitu..guard and staff bank xbising ke?

Kaka speku ni Jenis aisar 2.0

Byr rental xsmpi 5k tp sembang beli rumah jota2
Quote Normabaru 26-4-2022 08:22 PM
Edited by Normabaru at 26-4-2022 11:16 PM
mrsamz replied at 26-4-2022 09:43 PM
Jadah bawak 2 juta melenggang pakai kebaya gitu..easy target..bodo nye laa..kalau aku laa..alang2 na ...




Kalau jumlah xcukup bank siap set another date sbb dorg ada limit withdrawal per day..so huge amount mmg dorg xblh nk cope klu tetibe terjah gitu..
Siap nnt bank kena tutup awal plak sbb dh xde duit nk bg customer

So mmg berjam2 tunggu..pastu dh lengang baru dia arrange payment..

Itu pun berbeg2 ya kena bawak keluar bank..sbb byk Dan manager bg borang isi info declaration.then pihak bank escort ke kereta Dan Kiri kanan bawa beg balik kg tu..inikan plak 2Juta..just for duit raya?

Nmpk sgt pembohong!
Quote ChildrenOfBodom 26-4-2022 09:17 PM
Tulis 2 juta jer tu nampak sangat statement saja2, joking.. yg nutizen bangsat ni pon percaya..makan tahi babi banyak sangat kot semua benda org tulis kt socmed percaya.
Quote aderaderker 26-4-2022 09:22 PM
Founder timbang kilo mana pulak ni?

This kind of person buat aku benci socmed.
Lalu aku punya timeline,  aku block je.
Jijik tengok.  
Quote tikusmontok 26-4-2022 09:32 PM
krustykrab replied at 26-4-2022 06:45 PM
Meluat sungguh la aku dgn background lagu cilanat tu

Lagu apa tu sis?siapa nyanyi? Selalu dgr background kat ig

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.142402 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top