Kuala Lumpur: Di sebalik kegembiraan menyambut Syawal, tidak dinafikan suhu rumah tangga adakalanya 'panas' terutama membabitkan penggiliran untuk beraya bersama keluarga masing-masing.
Tambah membimbangkan apabila perbalahan sedemikian juga boleh menyebabkan perceraian dalam kalangan pasangan suami isteri. Berkongsi tips mengatasi masalah itu, Pakar Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, toleransi adalah kunci utama kepada penyelesaian masalah ini. Katanya, sudah pasti sikap bertolak ansur mampu meredakan 'suhu' rumah tangga apabila suami atau isteri enggan mengalah dalam membuat keputusan.
"Isu ini nampak remeh tapi ia sebenarnya boleh bawa mudarat yang besar jika tidak diatasi dengan baik oleh pasangan. "Pasti setiap orang mahu beraya bersama keluarga masing-masing namun apabila sudah berumah tangga, keadaan ini perlu disesuaikan dengan persetujuan bersama. "Sistem penggiliran juga baik jika dilaksanakan dan ia boleh mengharmonikan rumah tangga daripada berbalah. Walaupun setahun sekali menyambut Aidilfitri namun masalah sama pasti berulang dan menjadi perdebatan," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, komunikasi yang baik boleh memastikan isu sebegini tidak berlarutan sesuai dengan konsep bermaafan pada setiap kali menyambut Syawal. "Jangan disebabkan penggiliran beraya, sambutan Aidilfitri tidak ceria malah akan bermasam muka. "Persepsi keluarga mentua juga perlu diambil kira khususnya ibu bapa yang berusia kerana mungkin akan lebih mudah tersinggung," katanya. Katanya, sebagai pasangan yang datang dari latar belakang keluarga berbeza, suami dan isteri bertanggungjawab untuk bertolak ansur demi mencapai kebahagiaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
edayildiz replied at 26-4-2022 06:24 PM
kalau xnk gaduh berebut balik kg jgn la kawen
stingeramdhan replied at 26-4-2022 06:46 PM
Turki dgn malaysia bukan dekat ....walau tak perlu rempuh jem at the highway...kheunz?
Dah bersed ...
edayildiz replied at 26-4-2022 06:52 PM
jgn sebokk hal urusan org stingerrrrrrrrr oi..laki turki i lg suka beraya kt kelate blh mkn ketupa ...
syamzana: byk betui masa terluang, asal ...
ADVERTISEMENT