CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Ditutup Seminggu Sebab Cef Putus Cinta

26-4-2022 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 609| Komen: 0

SINGAPURA – Sebuah restoran di Jurong, Singapura terpaksa ditutup selama seminggu berikutan keadaan tukang masak atau cef yang didakwa baru sahaja putus cinta, lapor laman berita Detik.


Menurut portal berita Mothership, restoran bertemakan barbeku dan makanan laut itu hanya akan dibuka semula selepas keadaan cefnya kembali ‘pulih’.

Menerusi notis yang dilekatkan di hadapan premis, restoran Bro’s BBQ itu menyatakan, cef di restoran tersebut sedang patah hati sehingga tidak dapat memasak untuk pelanggan.


Foto: Detik

“Cef kami baru sahaja putus cinta. Dia memerlukan sedikit masa untuk menenangkan fikirannya dan menyendiri di tepi laut. Kami akan berehat sebentar selama seminggu dan jangan risau kerana cef kami tidak akan terjun ke dalam laut,” demikian menurut notis tersebut.


Imej notis itu seterusnya dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook dengan ramai pengguna memberikan pelbagai pendapat.

“Semoga cef tidak terlalu lama kecewa. Pasti rasa patah hati itu terlalu mendalam sampaikan restoran terpaksa ditutup,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, menurut pemilik restoran itu yang dikenali sebagai Ye, notis tersebut sebenarnya hanyalah satu cara kreatif yang dilakukan bagi memberitahu pelanggan mengenai penutupan sementara premis itu.

Menurut Ye, cef restoran itu sebenarnya bukan kecewa akibat putus cinta, sebaliknya dipindahkan ke cawangan lain kerana kekurangan pekerja.

Tambah lelaki itu,  kebanyakan pekerjanya  merupakan warganegara Malaysia yang pulang ke negara asal mereka  selepas dua tahun tidak dapat melakukan demikian akibat sekatan Covid-19.

“Saya hanya bergurau. Cef kami dalam keadaan baik,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065490 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top