CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muat Naik Gambar Mesra, Niezam Zaidi Bercinta Dengan Farisha Iris?

26-4-2022 05:04 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3900| Komen: 9|Original author: Saiful

Niezam Zaidi baru-baru ini ada memuat naik gambar bersama Farisha Iris, mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

Perkongsiannya itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mendakwa mereka berdua bercinta.

Namun Farisha tampil menjelaskan dia tak tahu Niezam muat naik gambar tersebut.

Foto: IG

Menurutnya mereka mula berkawan  ketika menjalani penggambaran telefilem berjudul Pukul Mersing pada Mac lalu.

"Saya kenal Niezam sejak awal tahun ini. Tapi kami mula berkawan ketika menjalani penggambaran telefilem sekitar Mac lalu. Tak tahu pula dia akan post gambar berdua.


"Saya berkawan saja dengan dia. Sebelum ini, saya membesar dengan lakonannya yang agak scary. Tapi bila dah kenal rupa-rupanya dia sangat berbeza.

"Bagi saya, Niezam seorang yang sangat baik, soft spoken, penyabar dan sejujurnya saya sangat selesa berkawan dengan dia," katanya kepada mStar.




Sementara itu Farisha kata dia benci dengan lelaki yang tidak serius atau main tarik tali ketika dalam proses berkenalan.

"Soal jodoh ini, saya tak suka memaksa situasi... saya jenis follow the flow. Saya suka orang yang berterus-terang dengan apa yang dia nak bila berkawan.



"Tak suka orang main tarik tali. Nak berkawan tapi tak ada hala tuju... tak tahu apa jadi. Bagi saya, jangan buat seseorang itu tertanya-tanya.

"Lagipun, saya tak suka juga buang masa dengan perkara yang tidak pasti."

Ambil gambar berdua sekarang ini memang akan terus dicop bercinta tak gitu? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SonicSiLandak 26-4-2022 06:54 PM
tu bkn bdk yg ada kes dadah tu ke??
Quote lazim 26-4-2022 07:00 PM
muka comei2 toksah dok hadap la bad boy ginih.. kang ko pulak berendam dlm besen
Quote slyfynx 26-4-2022 07:49 PM
Satgi sedih sbb laki x hiraukan die sbb mendadih dgn kawan2
Quote hanihan16 26-4-2022 08:12 PM
asal upload gambar berdua je bercinta?
Quote KBW2 26-4-2022 08:24 PM
budak laki ni macam muka tak mandi.
Quote bankerpencen 26-4-2022 08:27 PM
Banyak lagi lelaki yg tak terpalit kes dadah, yang ni juga jadi pilihan. Lantaklah kau
Quote mamajawie 26-4-2022 10:34 PM
Apa citer noni besen merah dinding jamban berkerak tu skang?
Quote MarissaOberlin 26-4-2022 10:37 PM
Good luck ler diknon. harap tak terpalit dengan kes mendadih jugak hendaknya
Quote Lelli 26-4-2022 10:54 PM
Cari penyakit je dek kalau betul ada apa2..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.078691 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top