Asfan Shah mengakui sambutan Ramadan tahun ini lebih bermakna dan penuh kemanisan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Semuanya disebabkan dia kini mula mendalami ilmu agama bersama kumpulan jemaah tabligh beberapa bulan lepas. Menurut Asfan atau nama sebenarnya, Norasfan Shah Shah Rudin, selama 38 tahun hidup, setiap kali Ramadan, masanya akan dipenuhi dengan urusan perniagaan sehingga mengabaikan ibadah pada bulan mulia itu. “Saya rasa macam baru masuk Islam. Sebabnya, selama 38 tahun hidup, waktu bulan puasa saya akan sibuk dengan urusan perniagaan.
“Jadi, memang tidak ada masa untuk tunaikan solat sunat tarawih, manakala solat fardu pula sukar untuk dapat pada awal waktu. “Ramadan tahun ini, saya banyak habiskan masa menghadiri undangan majlis-majlis yang menganjurkan solat tarawih.
|
j3m4h replied at 26-4-2022 05:49 PM
Dia ni ade kes pukul bini kan dulu…bagus la dah berubah..tapi diam2 leh x? Takot x istiqomah jek nn ...
cmf_premierleag replied at 26-4-2022 06:05 PM
Marhaennya ko dik
Haram akak x kenal ko lgsg
Ko sape? Penyanyi? Pelakon? Ahli musik?
j3m4h replied at 26-4-2022 05:49 PM
Dia ni ade kes pukul bini kan dulu…bagus la dah berubah..tapi diam2 leh x? Takot x istiqomah jek nn ...
hashashes replied at 26-4-2022 11:42 PM
Kenapa bila dah join tabligh tu, bila pose ambil gambar harus dengan jari telunjuk tu?
ADVERTISEMENT