"Jadi, saya ambil tahu dan belajar agama Buddha dan Hindu sehingga yang terakhir saya bertemu guru untuk mendalami Islam.
"Dulu saya anggap Islam itu agama yang kejam. Tetapi, selepas saya bertemu guru agama dan mengenal serta mendalami Islam, ternyata Islam itu tidak kejam tetapi penuh dengan cinta," katanya.
Memahami pegangan agama Islam, Dian kemudian membuat keputusan untuk memeluk Islam. Perkara pertama yang dipelajarinya adalah cara solat serta mengucap dua kalimah syahadah.
"Saya mengucap kalimah syahadah seterusnya belajar solat pada malam Israk dan Mikraj pada 2002. Mulanya saya risau penerimaan keluarga sekiranya mereka tahu saya sudah memeluk Islam.