CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Minta Maaf Banyak-Banyak, "Jangan Babitkan Bonda Tengah Umrah, Isteri Tak Bersalah"

26-4-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4486| Komen: 32

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meminta semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.


Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.


Foto: IG

"Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu, video dan saya nak minta maaf banyak-banyak.

"Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah.

"Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah. Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Aliff Syukri yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi hari ini, memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.



Aliff Syukri berkata, beliau berterima kasih kepada SKMM dan beliau sudah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.

Ini bukan kali pertama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi berikutan beliau pernah tampil dengan satu klip video muzik bertajuk 'Bobo di mana?' pada 2018 yang memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata.

Tindakan itu turut mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk ibunya sendiri, juga seorang usahawan, Rozita Ibrahim. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Harley_Quinn 26-4-2022 04:33 PM
Kenapa awakkk? Apa salah saya awakk?
Quote Buritan 26-4-2022 05:42 PM
Tahun dpn ajak pompuan bogel plk.. susah susah suruh jah bini tuu bogell.. alip bogel sambil lompat lompat.. bini pun bogel sambil lompat lompat.. tgk sape yg plg byk bergegar.. pas tuu mintak maap.. ape susah.. tahun lg depan ajak satu family lak bogel.. tahun lg lg depan ajak serumah bogel.. ajak bibik indon bogel.. tahun lagi lagi depan ajak sepejabat bogel.. tahun lg lg lg lg dpn ajak srmua followers dlm fesbook lak bogel...
Quote Normabaru 26-4-2022 05:48 PM
Edited by Normabaru at 26-4-2022 07:50 PM

Asik Itu jela skrip ko sefamily...boikot je org mcm ko ni..biar bankrap

Kalau maaf tu boleh settle semua xpyhla ko berniagaaa...biar je pencuri bakar kedai ko..pastu dia minta maaf.ok x?
Quote JunkMail 26-4-2022 06:01 PM
Kau ni satu family dah wajar kena kensel. Puihhhhhh
Quote MissVixen 26-4-2022 06:23 PM
Buat video dengan pondan indon, pergi umrah.
Buat video orgy dengan sotong malaysia, pergi umrah.
Dah macam acara tahunan tolak bala, mandi di sungai ganges pulak dibuat di keluarga ni bila buat marketing murahan.. Nak bagi imej bersih siket, pergi umrah, sedekah sikit2.
Quote HappyGumbira 26-4-2022 08:18 PM
macm si yatie tu je waras dlm famili ni. cara penampilan, cara bawak diri, cara bcakap dgn folower.
Quote sleepandream 26-4-2022 11:36 PM
iols pelik kenapa SKMM kene panggil heols rakam keterangan? apa yg nak disiasat?
judge je la sendiri dari video tu and block kalau rasa tak sesuai...
apoooo
Quote jgfjhdjhg 26-4-2022 11:42 PM
dia mmg suka damping dgn pondan ke ...ke mmg dia ada nak ke arah memonen
Quote buapakperut 27-4-2022 05:33 AM
Ko bertaubat la minta ampun ngan Allah. Minta ampun ngan netizen watpe,propa je kan
Quote Orix 27-4-2022 05:48 AM
Arwind kumar punya reaction kelako gilerr mengekek2 iols malam td
Quote sweetyroses 27-4-2022 05:49 AM
Sebelum buat sebelum released mv tu ko xpikir pulak kesan dekat orang sekeliling family semua. Acah2 open semua orang boleh terima, sedangkan ko memang tahu rakyat malaysia ni punya sensitiviti macam mana. Xkan xde perbincangan dengan semua team sebelum released kot. Bila dah kena kecam baru sibuk nak mintak maaf. Tu awal2 mendongak langit lagi.

Buat benda bodoh lepas tu mintak maaf. Next buat lagi benda sama. Ulang sampai AJM.
Quote tikusmontok 27-4-2022 06:11 AM
Ada reputz tanya ms dia keluar ofis skmm, 'sebelum dato buat mv ada tak fikirkan kesannya kpd mykt' terus dia tutup mulut buat2 gocoh2 masuk keta
Quote chandrahusin 27-4-2022 06:14 AM
ini lah MO mereka2 ni
Buat sesuatu yg boleh trigger org ramai
Org sibuk ckp psl diorg
& mrh2 pun nak tengok la mcm mana MV
Yg smpai semua org kecoh2
Akhirnya menyumbang kpd view yg byk
Yg dapat duit
Mereka & keluarga mereka
Semuanya psl duit ni
Mmg takde org heran nak buat apa pun
Judi pun org main utk.dapat duit
Quote myrasara 27-4-2022 07:53 AM
Nape i tengok mv dia mcm mv hael husaini...bezanya hael xguna pondan
Quote adeqbun 27-4-2022 08:07 AM
playing victim again and again..tonggang lah agama tu
Quote cicicumel 27-4-2022 08:08 AM
myrasara replied at 27-4-2022 07:53 AM
Nape i tengok mv dia mcm mv hael husaini...bezanya hael xguna pondan

Betul.. hael dah buat scene orgy tu tahun lepas.
Quote azimodin 27-4-2022 08:22 AM
Siapa beli produk dia bukan sahaja bodoh tapi bersubahat & menyokong perlakuan sumbang si sotong ni
Quote awekjepun 27-4-2022 08:38 AM
JunkMail replied at 26-4-2022 06:01 PM
Kau ni satu family dah wajar kena kensel. Puihhhhhh

Aku pun dh xblh bsangka baik dgn wife & bonda dia.. mcm diorg ni suka je apa yg dato buat. Saja la buat drama konon bonda mrh.
Quote EJALTI 27-4-2022 08:40 AM
Edited by EJALTI at 27-4-2022 12:41 AM

Sama jer jalan ceritanya, memang dah tahu buat salah untuk viral, then buat2 bodoh mintak maaf.  Memang jilaker...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049564 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top