Pokemon Go adalah satu permainan video yang melibatkan dunia sebenar dengan telefon pintar untuk bermain sebagai penangkap raksasa Pokemon, permainan itu diperkenalkan pada tahun 2016 dan permainan video itu menjadi viral serta-merta pada waktu pelancarannya. Petikan dari SoyaCincau, baru-baru ini ada satu kertas penyelidikan dari London School of Economics yang mengatakan permainan video seperti Pokemon Go mampu membantu mengatasi kemurungan. Difahamkan, mereka mendapati carian kata kunci perkataan seperti "depression", "stress", "anxiety" dan "fatigue" telah menurun di Google selepas pelancaran Pokemon Go iaitu antara 6 Julai 2013 hingga 13 Disember 2016. Tambahan pula, mereka juga membandingkan dengan data kadar bunuh diri daripada World Health Organization (WHO), ia juga turut menunjukkan penurunan selepas pelancaran permainan video itu. Yang menariknya, salah satu faktor yang menyumbang kepada kajian tersebut adalah keperluan pemain untuk menerokai persekitaran mereka dan permainan video itu juga mampu meningkatkan aktiviti sosial antara pemain. -CARI |
ultra78 replied at 26-4-2022 07:02 PM
Mainan @kakikuDibibirmu
ADVERTISEMENT