CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Bantah Pendidikan Seks Diajar Seawal Anak Usia 3 Tahun

26-4-2022 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 859| Komen: 0

LONDON: Sekumpulan ibu bapa memfailkan saman terhadap kerajaan Wales berikutan cadangan mewajibkan pendidikan seks dan identiti jantina kepada kanak-kanak seawal tiga tahun.


Lapor Daily Mail, empat ibu yang mewakili lebih 5,000 ibu bapa dan penjaga memfailkan tindakan undang-undang tersebut untuk membatalkan cadangan pentadbiran diterajui parti Buruh itu dalam mewajibkan Pendidikan Agama dan Seks (RSE).

Menteri menegaskan kurikulum baharu itu ‘sesuai dari segi perkembangan’ untuk kanak-kanak namun ibu bapa pula berpandangan topik itu `tidak sesuai diajar’ bagi pelajar sekolah rendah.

Kim Isherwood, 39, yang mengetuai kumpulan kempen, Public Child Protection Wales menyifatkan pendidikan itu amat berbahaya dan mencetuskan kemarahan ramai ibu bapa.


Foto: Agensi


“Kurikulum baharu ini tidak seperti pelajaran RSE lain yang biasa diketahui oleh pelajar dan ibu bapa. 

“Elemen wajib baharu itu juga bermakna setiap kanak-kanak berumur 3 hingga 16 tahun mesti mengambil bahagian.

“Ia tidak boleh dielakkan malah ibu bapa juga tidak dibenarkan mendapatkan maklumat mengenai apa yang akan diajar, pada umur apa dan sebagainya,” katanya.

Berdasarkan laporan, antara panduan kurikulum baharu itu turut merangkumi konsepsi pelajar mempelajari `tarikan seksual’ dan bukan hanya mengenai biologi hubungan seks.

“Pelajar akan belajar bagaimana hubungan, jantina dan tarikan romantis dan seksual serta pengalaman peribadi boleh membentuk identiti dan keperibadian individu.

“Ia termasuk bagaimana dan mengapa sikap manusia berubah termasuk ke arah kepelbagaian jantina dan seksualiti,” jelas laporan itu.

Kumpulan ibu bapa itu melantik peguam hak asasi manusia, Paul Diamond untuk mewakili mereka dalam kes saman itu.

Dilaporkan, dokumen undang-undang berkaitan sudah difailkan di Mahkamah Tinggi di Cardiff. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.117238 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top