CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petani Cina Risau Tak Ada Siapa Nak Kahwin Dengannya Sebab Muka 'Sebijik' Macam Vladimir Putin

26-4-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2519| Komen: 15

BEIJING: Seorang petani dari kampung Feixi, wilayah Anhui, China memiliki rupa paras persis Presiden Rusia, Vladimir Putin. 

Luo Yuanpin, 54, mempunyai garis rambut yang tinggi, dahi lebar, hidung panjang, mulut lebar serta berbibir nipis, lapor Daily Star. 

Yuanpin juga memiliki mata biru pucat dan ketinggian 1.74 meter seperti Putin. 

Foto: Utusan Online

Lelaki itu berubah menjadi seorang personaliti dalam sekelip mata dan kerap diundang ke televisyen, portal, majalah serta surat khabar. 

Dia malah pernah dibayar 569 pound (RM3,164) untuk muncul dalam siaran televisyen yang mendapat jolokan sebagai ‘Abang Putin’.


Popularitinya turut memuncak apabila Russia menyerang Ukraine sejak 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik kemasyhuran itu, Yuanpin bimbang dia tidak akan berkahwin dan kekal menjadi bujang. 

“Seperti orang lain, saya juga ingin berkahwin dan berkeluarga, namun saya bimbang jika tiada wanita mahukan saya kerana wajah saya seperti Putin.

“Nama Putin terkenal ketika ini kerana peperangan yang berlaku, namun saya tidak mahu dikaitkan dengan situasi itu,” katanya.

Walaupun menjadi tumpuan ramai, Yuanpin tetap menjalani kehidupan sederhana sebagai seorang petani bujang dan selebriti tempatan secara sambilan. 

Lelaki itu kekal merendah diri dan tidak pernah menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk mencari kekayaan atau cinta. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 26-4-2022 12:20 PM
Betullah!
Quote Mary_jane 26-4-2022 12:32 PM
Ni kalau menyamar masuk Ukraine, mesti Ukraine terus isytihar victory.
Quote Simunggu 26-4-2022 12:35 PM
jauh lah...
Quote sukacactus 26-4-2022 12:40 PM
Wajah dah nak sama
Cer tunjuk body plak sama ke x
Quote sharlenetexas 26-4-2022 01:10 PM
Ni versi cengkung skit dan tak bulat sgt.

Quote chandrahusin 26-4-2022 01:13 PM
Datang sini la Apek
Sini ramai acik2 peminat Putin
Quote Skuau 26-4-2022 01:59 PM
"ini machiem...hidup pon susah...mati pon susah...-Apek.
Quote Normiang-Baru 26-4-2022 02:04 PM
chandrahusin replied at 26-4-2022 01:13 PM
Datang sini la Apek
Sini ramai acik2 peminat Putin

Hah.. ye lah. Lebai2 pun sokong Putin.

Lebai2 pencinta diktator .. pergi duduk Rusia silap2 lebai yg diracun awal2.  Kelakar lebai.. nak bukak kilang Vodka letew lepas kes Timah whiskey
Quote Bedah.Cun 26-4-2022 02:04 PM
Cengkung tapi memang nak serupa
Quote SonicSiLandak 26-4-2022 02:19 PM
thread putin pun ada pondan meroyan... waaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

tak jantan laaaaaaa
Quote Burong_Hantuk 26-4-2022 02:55 PM
pegi la buat plastic surgery sana
Quote angelofish 26-4-2022 03:15 PM
bukan sebab muka macam putin
tak laku.umur pon dah tua 54..kecuali kalau duit banyak peluang tinggi sikit
Quote Decaffeinated 26-4-2022 03:22 PM
sama tak?


Quote elzy 26-4-2022 03:46 PM
Tak smart kot sebab tu tak kawin walau rupa abe Putin..
Quote Dwdrum 26-4-2022 03:48 PM
Tidak sama            

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.177262 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top