CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ganti Tempat Sean Lee, Izzue Islam Tak Kisah Dituduh Pencaras!

26-4-2022 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5028| Komen: 21

Tidak berniat 'mencaras' tempat Sean Lee selaku hos program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kelima, pelakon dan pengacara, Izzue Islam menjelaskan pembabitannya hanyalah sebagai bidang terjun.


Katanya, tawaran diterima sangat mengejut hingga memaksanya meminta produksi drama dijayakan menganjak jadual penggambaran untuk memberi laluan kepada ICSYVMY5 demi tidak melepaskan peluang keemasan itu.

Foto: IG

"Saya tidak risau dikatakan sebagai 'pencaras' kerana saya dipilih produksi bagi menggantikan tempat Sean kerana tidak dapat menjayakan ICSYVMY5 musim ini.

"Awalnya, saya menyangka hanya menggantikan tempat Sean untuk satu episod, namun, tidak sangka saya diberi kepercayaan mengendalikan keseluruhan program musim ini.


"Sejujurnya, saya berdebar menantikan respon penonton memandangkan mereka sudah biasa menonton Sean sebagai pengacara. Jadi, saya risau jika orang membanding-bandingkan cara saya dengan Sean.

"Saya sebenarnya bimbang persembahan tidak mencapai piawaian dikehendaki produksi dan penonton. Saya akui mengambil masa menyesuaikan diri dalam program ICSYVMY5, tetapi Alhamdulillah, pasukan produksi dan Sean sendiri berkongsi tip," katanya pada majlis sidang media ICSYVMY5 secara virtual, baru-baru ini.



Kemampuan Izzue selaku hos ICSYVMY5 bergandingan bersama Ain Edruce boleh disaksikan menerusi Edisi Raya pada 8 Mei ini di TV3, jam 9 malam.

Mengulas gandingan bersama Ain, bekas anggota kumpulan Forteen itu berkata, dia tiada masalah bergandingan dengan Ain memandangkan mereka sudah saling mengenali.



"Sikap Ain Edruce 'gila-gila' menyebabkan kami mudah mencipta keserasian, sekali gus melancarkan proses kerja.

"Berkerja dengan Ain sangat menyenangkan. Saya sudah lama mengenali Ain, ia memudahkan kami untuk membina keserasian. Selain Ain, saya seronok bekerja dengan selebriti lain seperti Datuk Rosyam Noor, Andi Bernadee, Janna Nick dan ramai lagi," katanya.

Berkongsi sambutan Aidilfitri, Izzue berkata, dia tidak sabar pulang ke kampung halamannya di Kelantan selepas dua tahun hanya beraya di Kuala Lumpur akibat penularan pandemik COVID-19.

Izzue berkata, dia akan menyambut lebaran di Selangor terlebih dahulu, sebelum pulang ke Pantai Timur pada hari raya kedua atau ketiga.



"Saya sudah merancang pulang ke kampung halaman. Dua tahun tidak bertemu keluarga, jadi saya sudah tidak sabar berkumpul dengan sanak-saudara.

"Perkara paling dirindui tentunya sesi 'membawang' bersama sanak-saudara, maklumlah sudah lebih dua tahun tidak berjumpa. Jadi, tentulah pelbagai cerita yang ingin dikongsikan.

"Namun, dalam pada berseronok, saya nasihatkan buat ujian calitan terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung. Walaupun sudah berada di fasa peralihan ke endemik, namun kesihatan dan keselamatan harus dititikberatkan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 26-4-2022 11:53 AM
bgus gak, at least xde laa kena menatap muka syuk debob ittew.
Quote hyie 26-4-2022 12:22 PM
Edited by hyie at 26-4-2022 12:25 PM

malam tadi kan, heshe jadi hos untuk shopee raya kat tv 3, dengan nur jannah nick. Pastu bukan nak kata heols tapi dik qie qie yang tak reti menjawab soalan bila ditanya.

Jannah tanya, apa menu raya yang dik qie qie teringin nak isteri masakkan? Heshe jawab nasi goreng usa. Motif? orang jawabla lemang ke, nasi himpit kuah kacang ke, kuih bahulu ke gitu.

Ada lagi soalan meols lupa tapi heshe tak reti menjawab yach dik qie qie ni yihhhh rengsa plak meols malam tadi. Ok tu je nak cakap
Quote misshero 26-4-2022 01:05 PM
Ahernya takda dah si syuk tu. Aku banned rancangan tu sebab muka syuk [em:4:]
Quote pembacagosip 26-4-2022 01:38 PM
hyie replied at 26-4-2022 12:22 PM
malam tadi kan, heshe jadi hos untuk shopee raya kat tv 3, dengan nur jannah nick. Pastu bukan nak k ...

unsangkarable dia jawab nasi goreng USA. apa hari biasa bini ko x blh masak kan ke. adoiii
Quote pembacagosip 26-4-2022 01:39 PM
patut lately izzue banyak jadi hos jemputan kat TB3. melodi, shopee
Quote slyfynx 26-4-2022 11:28 PM
Tidak berniat 'mencaras' tempat Sean Lee selaku hos program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kelima, pelakon dan pengacara, Izzue Islam menjelaskan pembabitannya hanyalah sebagai bidang terjun.


Wahai wartawan cari....
BIDAN terjun daaaaaa
Quote alien88 27-4-2022 09:40 AM
finally tak dak shuk dlm ICSYVMY, boleh la tgk balik next season
Quote adelea 27-4-2022 09:49 AM
Alamak x best laaaa
Nak seannnnlje ...
Quote adelea 27-4-2022 09:51 AM
Syukk takde aku x kisahhh
Tapi nak seanlje dgn izzue pon ok ....
Aku nyampah si ain ni kdg2 dia mmg bingit and over
Quote adelea 27-4-2022 09:52 AM
Selama ni mmg tgk icsyv ni sbb seannlje jeee
Quote QueenOfHeart 27-4-2022 10:37 AM
adelea replied at 27-4-2022 09:51 AM
Syukk takde aku x kisahhh
Tapi nak seanlje dgn izzue pon ok ....
Aku nyampah si ain ni kdg2 dia mmg ...

aaa betulll..aku  tgk ICSYV pn sb Sean Lee..plz laa..x ske c ain tu..bingit..
Quote Yunho 27-4-2022 10:44 AM
adelea replied at 27-4-2022 09:51 AM
Syukk takde aku x kisahhh
Tapi nak seanlje dgn izzue pon ok ....
Aku nyampah si ain ni kdg2 dia mmg ...

setuju....dia suka jerit2...
Quote ezacbee 27-4-2022 10:45 AM
Aku xsuka sean lee.. sbb tu xpenah tengok pun.
Quote deebiz14 27-4-2022 10:54 AM
Apo yang BIDANG terjun ....   

Nyway, ok la ade muka baru. Ain tu pun ok jugak cuma harap sheols tak overdo kecohnya.  
Quote seri_mawr 27-4-2022 12:55 PM
adelea replied at 27-4-2022 09:51 AM
Syukk takde aku x kisahhh
Tapi nak seanlje dgn izzue pon ok ....
Aku nyampah si ain ni kdg2 dia mmg ...

mee toooo...
dia mmg bingit....


Quote LembingDayanti 27-4-2022 03:27 PM
ok la tu tukar Izzue Islam. Tak larat nak tengok Apek ni mcm tu je meleweh cakap nya. Cecino ni semua takde aura mcm Alvin Chong. Takde auraaaa
Quote hanahani 27-4-2022 05:20 PM
adelea replied at 27-4-2022 09:52 AM
Selama ni mmg tgk icsyv ni sbb seannlje jeee

Iyaaa betul.
Quote Mary_jane 27-4-2022 06:43 PM
Forteen dah langsung kelaut dalam nampaknya. Rip. Izzue juga aman2 kesana sini.
Quote buragazz 28-4-2022 02:54 PM
Sean Sibuk mengurat si Mia...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057790 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top