CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akui Sedang Mengenali Seseorang, Fizi Ali Enggan Kenang Kisah Lalu

26-4-2022 09:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6083| Komen: 21|Original author: Tatod


Enggan terus terperangkap dalam kehidupan masa lalunya berkaitan dengan keruntuhan rumah tangga, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali nekad meneruskan kehidupan dan memberikan tumpuan pada perancangan masa hadapan.

Mengakui kini sedang mengenali hati budi seseorang, personaliti radio berusia 33 tahun itu menjelaskan dia dan wanita terbabit bagaimanapun tidak pernah membincangkan hubungan mereka secara serius.

"Saya memang sedang mengenali seseorang dan andai ada jodoh dengannya, saya berdoa dia yang terbaik. Sebab, kami tak pernah declare ke arah yang lebih serius. Masih dalam fasa berkenalan dan bersembang-sembang.


"Cuma, dia adalah orang biasa dan bukannya daripada industri seni. Apapun, buat masa ini saya rahsiakan dahulu identitinya," kata Fizi kepada Harian Metro dalam sesi temu bual ketika majlis berbuka puasa anjuran Suria FM, semalam.

Dikatakan Teman Wanita Baharu Namun Fizi Menafikan

Sebelum ini, bekas isteri kepada Fizi iaitu pelakon Shakilla Khoriri memberikan kenyataan mengenai perbincangan mereka untuk berbaik semula demi anak mereka, Ameena Sofia yang berusia tiga tahun.

Mengulas perkara tersebut, kata Fizi, dia memilih untuk berjalan terus ke hadapan, namun sama sekali tidak menolak takdir yang Allah sudah tetapkan untuknya.

"Saya memilih untuk fokus pada perancangan masa hadapan berbanding melihat masa lalu. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi memandang kisah lalu.


"Bagaimanapun, kita adalah manusia yang tidak dapat menduga apa yang bakal terjadi. Itu adalah jawapan saya berkaitan hal (isu rujuk) tersebut," katanya.

Imbas semula, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan. Bagaimanapun, pada Disember lalu, mereka mengumumkan perceraian mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 26-4-2022 09:51 AM
oooooo..kesahnyaaaa. Patut bo layankan aje ex tu ya
Quote kucingitam 26-4-2022 10:04 AM
ex dia ni kan dulu yang campak pampers kat muka dia...kalau tak salah terbaca gossip2 duluan kat dlm forum ni
Quote slyfynx 26-4-2022 10:09 AM
kucingitam replied at 26-4-2022 10:04 AM
ex dia ni kan dulu yang campak pampers kat muka dia...kalau tak salah terbaca gossip2 duluan kat dlm ...

Ye, konon2 prank.
Buduh sgt
Quote hasniey 26-4-2022 10:13 AM
slyfynx replied at 26-4-2022 10:09 AM
Ye, konon2 prank.
Buduh sgt

Laki bini suka sgt buat prank yg bukan2
Mesti lama2 ada terasa hati jugak tu
Quote hzln 26-4-2022 10:22 AM
He is obviously on a rebound
Yg pompuan tu takyah nak beria2 sangat buktikan ko lebih baik dr the ex
Kecewa sendiri nanti
Quote anony-mous 26-4-2022 10:38 AM
Kan i dah agak jawapan dia haritu mesti sbb dah ada yg lain. Rupa ada la jugak, body ok utk bapak2, famous jugak kot, gaji ado, mmg senang je dpt pengganti. Yg prempuan mmg susah sbb ada baggage. Ex wife dia keje ke
Quote totokreturn. 26-4-2022 10:59 AM
alhamdulillah mencari yg pakai tudung
Quote awex^returns 26-4-2022 11:06 AM
duit banyak, walaupun muka kopak ramai je yang nak
sianlah ex .. tu lah masa cerai tanak pikir
dia ingat ex laki dia tak laku ke walaupun hidung kembang
kui kui kui
Quote mizruncing 26-4-2022 11:13 AM
laki cepat move on wehhhh. sian ex wife masih mengharap lagi. tp tu laa salah sendiri nak cerai sgt. pdhal boleh je bawak bincang dulu
Quote kucingitam 26-4-2022 11:31 AM
slyfynx replied at 26-4-2022 10:09 AM
Ye, konon2 prank.
Buduh sgt

mmg pun...
Quote Normabaru 26-4-2022 11:34 AM
Pada kaka si kila tu terlupa why she took that decision

Nnt dh ingat blk xmo nye dia dgn ex laki dia ni


Si fizi ni loser kot..just on his revenge
Quote cikiribum 26-4-2022 11:54 AM
Edited by cikiribum at 26-4-2022 11:57 AM

rasanya killa pun tak ade la hamak sangat nak ke dia ni . tapi dia pulak over react banyak kali kasi statement . dari awal cerai lagi buat caption mengundang mcm tak dapat jumpa anak la apa . bersedih kat radio beria . haritu kena marah pasal anak kena covid pun beria . ni killa dah baik , dia pulak buat mcam killa tergila dekat dia .
Quote azimie 26-4-2022 12:17 PM
Edited by azimie at 26-4-2022 12:19 PM

Edited
Quote azimie 26-4-2022 12:19 PM
cikiribum replied at 26-4-2022 11:54 AM
rasanya killa pun tak ade la hamak sangat nak ke dia ni . tapi dia pulak over react banyak kali kasi ...

tulah pasal...
susah org kalo rupa shuk tp perasan aaron aziz ni
Quote 4cupcakes 26-4-2022 12:29 PM
anony-mous replied at 26-4-2022 10:38 AM
Kan i dah agak jawapan dia haritu mesti sbb dah ada yg lain. Rupa ada la jugak, body ok utk bapak2,  ...

Wx wife dia pelakon kan.. masih aktif lg berlakon rasanya skrg ni
Quote anony-mous 26-4-2022 12:42 PM
4cupcakes replied at 26-4-2022 12:29 PM
Wx wife dia pelakon kan.. masih aktif lg berlakon rasanya skrg ni

Oo klau gitu baik ex wife dia focus lakonan je
Quote mabelesrossa 26-4-2022 12:54 PM
Betul lag orang cakap. Lelaki yang merempan lepas cerai nie jenis cepat cari penganti.. Merempan 2 drama je..
Quote Kurex 26-4-2022 01:02 PM
Tapi dalam ramai2 dj suria, dia je yg boleh dikatakan helok
Quote nononcrux 26-4-2022 01:42 PM
awex^returns replied at 26-4-2022 11:06 AM
duit banyak, walaupun muka kopak ramai je yang nak
sianlah ex .. tu lah masa cerai tanak pikir
dia i ...

dia cerai sbb apo.. bukan terpaling bahagia ke dlm socmed

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.051574 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top