CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Maaf Zahir Batin, Doakan Semoga Saya Selamat Pergi Dan Balik" - TokTi

26-4-2022 09:11 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 6207| Komen: 57|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Datuk Siti


Baru-baru ini, ikon penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza pergi menunaikan ibadah umrah untuk menfokuskan ibadah '10 malam terakhir' bersama kakak iparnya iaitu Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya iaitu Rozi Abdul Razak.

Berita itu diumumkan melalui video yang dimuat naik oleh Siti di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.


Menerusi kapsyen, Siti berkata, niat beliau pergi menunaikan umrah adalah kerana Allah dan beliau berdoa semoga ibadah umrahnya dipermudahkan. Tambahnya, beliau juga berdoa semoga keluarganya baik-baik sahaja di sini. 

Sumber: Instagram Datuk Siti

Siti juga sempat meminta maaf kepada semua sekiranya beliau ada melakukan kesilapan kepada mana-mana pihak dan meminta semua peminatnya untuk mendoakan semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan dapat pulang ke tanah air dalam keadaan sihat sejahtera.

Sebelum pergi menunaikan ibadah umrah, dia telah menghadiahkan peminatnya sebuah lagu raya baru yang bertajuk Lip Lap Raya untuk menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.


Rata-rata peminat sangat teruja dengan lagu tersebut namun ada juga yang mengkritik karya berkenaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 26-4-2022 09:13 AM
ohh raya kat sanun laa yaa..
Quote prince_marhaen 26-4-2022 10:40 AM
dewi karangan puisi tak tinggal ye... hihi
Quote mizruncing 26-4-2022 11:10 AM
nape x bawak husband n anak sekali
Quote hyie 26-4-2022 12:25 PM
sesambil tu ala2 sangdewi jadi content creator sambil beribadah gittew nak bawak afwa kan kecik lagi, tok k kena la jaga afwa n piyah kat umah.
Quote missHaidiD 26-4-2022 01:12 PM
Selamat pegi dan balik tokti.
Kesian jgk tgk ank kecik dia smlm. Piyah pun melalak2

Kira dia raya sana ke
Quote kakasotong2 26-4-2022 01:16 PM
Yg meols perasan malam td ada program shopee, siaran langsung katanya. Siti siap ada lg semalam. Nampak sgt menipunya konon2 buat live padahal siti mana ada kt Malaysia skrg tgh buat umrah kot. Rengsa meols dengan spesis kaki kelentong ni
Quote doubleA 26-4-2022 01:29 PM
mizruncing replied at 26-4-2022 11:10 AM
nape x bawak husband n anak sekali

Myb nak masa privacy beribadat antara hamba dan Tuhan sahaja. Kalau bawa anak, dia kena bawa maid2 sekali kang nampak macam nak bercuti pulak. Ok la org kaya anak terjaga kt rumah, boleh panjang me-time. Piyah tu nampak cerdik la, dia faham tu dia sedih. Afwa tu copycat muka dk
Quote doubleA 26-4-2022 01:30 PM
lasagna replied at 26-4-2022 09:13 AM
ohh raya kat sanun laa yaa..

Cakap 5-7 hari ja jadi wiken ni balik kot, sebelum raya. Raya confirm di rumah dah siap tempah baju semua
Quote Khemmy 26-4-2022 01:30 PM
Tokti ni pi sana demi content ke ibadah ye? Afwa tu baru nk sambut raya pertama kn? Kita raya pertama la nk sama2 dgn ahli keluarga apatah lg ada baby baru..mmg org kaya ni suka hati bila2 je nk pegi umrah blh pegi tanpa pikir perasaan baby..
Quote doubleA 26-4-2022 01:30 PM
Sangdewi gigih dengan content, tak lupa role as PA retis
Quote lasagna 26-4-2022 01:32 PM
doubleA replied at 26-4-2022 01:30 PM
Cakap 5-7 hari ja jadi wiken ni balik kot, sebelum raya. Raya confirm di rumah dah siap tempah baj ...

cehhh sekadar lawatan smbil belajar ke camne, kan ada lebih baik pegi umrah sungguh-sungguh, 2 minggu trus. stakat beberapa hari alahaiiii... tak puas kot.
Quote awekjepun 26-4-2022 01:32 PM
mizruncing replied at 26-4-2022 11:10 AM
nape x bawak husband n anak sekali

Husband xpe lg.. anak2 tu kesian.. bawa je la sekali pengasuh kat sana yg blh jaga kat bilik or ambik pakej yg ada service jaga budak. Tok ti kot.. bukan ada mslh duit. Tp husnuzon je la.. ada la tu alasan tok ti xbawa.. anak2 jd spy utk jaga tok k agaknye.hehehe
Quote doubleA 26-4-2022 01:34 PM
lasagna replied at 26-4-2022 01:32 PM
cehhh sekadar lawatan smbil belajar ke camne, kan ada lebih baik pegi umrah sungguh-sungguh, 2 min ...

Umrah kan maknanya ziarah, tapi ada la kot dalam plan mekah dan madinah. Mungkin sebab tu la cramp dalam masa 7 hari dan sheols single tanpa anak, senang nak ke mana2. Buat all out la kot 7 hari ni
Quote doubleA 26-4-2022 01:36 PM
awekjepun replied at 26-4-2022 01:32 PM
Husband xpe lg.. anak2 tu kesian.. bawa je la sekali pengasuh kat sana yg blh jaga kat bilik or am ...

Bahaya sama kot risiko covid. Lagipun anak dia sorang satu ada pengasuh sorang satu. Balik ni pun mesti dia akan buat covid test sebelum jumpa family. Afwa kecik lagi mungkin tak faham apa, piyah pernah dah jejak kaki ke sana. Iols rasa sheols concern bab kesihatan anak2, dan sheols nak masa privacy beribadat dengan Allah
Quote pembacagosip 26-4-2022 01:46 PM
kakasotong2 replied at 26-4-2022 01:16 PM
Yg meols perasan malam td ada program shopee, siaran langsung katanya. Siti siap ada lg semalam. Nam ...

ye..perasan juga. pelik...siaran lansung katanya. tapi tok ti pagi kat update ig kat mekah. berani ye menipu penonton stesen tv ni. padahal semua info di hujung jari ja
Quote stania83 26-4-2022 01:57 PM
alim alim nya artis malaysia yaa
Quote qusairy 26-4-2022 02:19 PM
Kelakarnya warga net ni, itu x kena, ini x kena apa pun x blh.. semua bnda nak kecam ada je yg x kena kt mata korang.

Buat2lah bersihkan hati yg busokk tu
Quote qusairy 26-4-2022 02:19 PM
Kelakarnya warga net ni, itu x kena, ini x kena apa pun x blh.. semua bnda nak kecam ada je yg x kena kt mata korang.

Buat2lah bersihkan hati yg busokk tu
Quote airisa 26-4-2022 02:25 PM
lasagna replied at 26-4-2022 01:32 PM
cehhh sekadar lawatan smbil belajar ke camne, kan ada lebih baik pegi umrah sungguh-sungguh, 2 min ...

tak semestinya pi umrah kena 12 hari .. diorg org ada duit boleh ulang alik selalu, sedangkan warga Saudi sana pun, pi umrah setakat hujung minggu je.

mcm dct , dia pi 7 hari dgn private arrangement cater utk rombongan kecik dia, mungkin 3-4 hari di mekah buat umrah setiap hari, dan balance di madinah. dah cukup la tu. yg pergi pakej biasa 12 hari tu 7 hari di mekah pun buat umrah 3-4 kali je yg lain2 hari siap gi ziarah merata sampai ke Taif nun.

sama juga yg pi pakej haji mahal2 tu rm200k lebih pun setakat 12 hari. sebabnya diorg ni jawatan penting & tak boleh lama2. sampai dekat2 nak wukuf, siap haji. terus balik.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068116 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top