CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Modal RM5,000 Pun Dah Boleh Jadi Pengasas Sekarang Ni' - Zoey

25-4-2022 05:52 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2351| Komen: 9|Original author: LilRose

Pelakon Zoey Rahman, 37, mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang pengasas produk.


Kredit foto: IG

Selain komitmen yang tinggi, seorang pengasas perlu memiliki ilmu tentang perniagaan dan produk yang dihasilkan.

“Banyak perkara perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi tentang produk yang dihasilkan.

“Paling utama sekali adalah tentang kilang. Sekarang, banyak kilang segera menghasilkan produk tangkap muat.

“Jadi, kepada yang nak jadi pengasas, berhati-hati dan bertanggungjawablah. Buat kaji selidik terlebih dahulu. Sekarang ini, dengan bermodalkan RM5,000 seseorang itu sudah boleh jadi pengasas,” katanya kepada Utusan Online.


Kredit foto: IG

Tambah pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu, pemilihan kilang juga sangat penting selain merujuk kepada pakar kimia yang boleh memberi bimbingan dan khidmat nasihat bagi memastikan produk dihasilkan berkualiti dan tidak membahayakan.

“Kalau sesebuah kilang itu tak ada pakar kimia, maka kilang itu bukan kilang berkualiti. 

Sebagai pengasas, kita kena ada pengetahuan tentang produk. Jadi, di sinilah perlunya ada pakar kimia untuk menasihati tentang perkara berkaitan termasuk sesuatu bahan dan fungsi serta kesannya,” jelasnya.



Wah, mesti produk Zoey, jenama MikaSeries sangat terjaga kualitinya kan? 

Yang pernah pakai produk Zoey, kongsilah pengalaman anda. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 26-4-2022 07:26 AM
Mcmana lah dorg ni blh kaya raya
Quote bottompadu 26-4-2022 08:38 AM
Perawankota replied at 26-4-2022 07:26 AM
Mcmana lah dorg ni blh kaya raya

easy... demand and supply..
yg lagi aneh, golongan mana yg jadi customer produk2 timbang kilo mcm ni?
Quote LipasComel 26-4-2022 08:46 AM
iols skeptik betullah product skincare/makeup influencer/celebrity ni. satu sbb theyols takde background dlm bidang tu pun. pastu, tu lah kilangnye pun kilang OEM. Product local yang iols percaya nak beli Safi dengan Cosmoderm je- yg mmg ada team research sendiri. Yang brand lain2 tu, erm tak berani lagi lah nak cuba.
Quote prince_marhaen 26-4-2022 10:42 AM
makin lama makin pelik muka nonok ni...kuat sangat ketuk ketuk muka ni.
Quote epal_putih 26-4-2022 10:47 AM
produk kilang sama
tukar label
Quote nononcrux 26-4-2022 01:44 PM
bukan kau mmg dah kaye ke dol..
Quote lasagna 27-4-2022 03:53 PM
ok sila reveal kilang mana sheol deal.. ghisauu ghisauuu.. ntoh ler tak prnh beli product dia.
Quote annehuda 27-4-2022 04:22 PM
LipasComel replied at 26-4-2022 08:46 AM
iols skeptik betullah product skincare/makeup influencer/celebrity ni. satu sbb theyols takde backgr ...

aku google rupenye produk die ni ada jual kt watsons. tp beauty blender die je pun dah 30hengget. camnela tak cepat kaye
Quote sleepandream 27-4-2022 07:59 PM
kilang ada chemist pun tak semestinya kualiti terjaga...
tgk sampling and pematuhan GMP... audit Halal...
HACCP cert... banyak la...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.120031 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top