Tampil dengan imej memakai selendang ala turban usai pulang daripada mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha bagaimanapun menafikan sangkaan ramai bahawa dia sudahpun berhijab sepenuhnya.
Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, imej ‘menutup sebahagian rambut’ yang digayakan itu sebenarnya lebih kepada tujuan untuk menghormati bulan Ramadan selain baru pulang daripada mengerjakan umrah. “Saya belum berhijab sepenuhnya. Saya menutup sebahagian rambut dengan selendang pun untuk menghormati kesucian bulan Ramadan.
“Lagi pula saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah. Saya masih dalam proses istiqamah,” katanya memohon peminat untuk sama-sama mendoakan dirinya terus istiqamah agar berhijab penuh suatu hari nanti. Ujar selebriti berusia 29 tahun itu lagi, dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila tiba waktunya nanti. Namun enggan menjanjikan apa-apa dalam masa terdekat kerana takut gagal jika berubah dalam keadaan tergesa-gesa.
|
SisLena replied at 25-4-2022 11:10 PM
Haha ummah desa ye muka bila x mekap. Rasanya sblm buat hidung lg manis. Skrg cam zila bakarin muda ...
aderaderker replied at 25-4-2022 11:27 PM
I think He was jealous?
Hmmm, no.
inspektoremos21 replied at 26-4-2022 12:20 AM
Gituh fashion nya ala2 adik jahlop.
ADVERTISEMENT