CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat Awam UAE Cuti Raya 9 Hari

25-4-2022 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 916| Komen: 3

Kakitangan kerajaan Persekutuan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mendapat cuti selama sembilan hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas ia diluluskan oleh kabinet UAE baru-baru ini.


Cuti itu akan bermula dari 30 April hingga 6 Mei depan.


Gambar hiasan/AFP

Kakitangan kerajaan itu akan mendapat cuti panjang memandangkan 30 April dan 1 Mei jatuh pada hari Sabtu dan Ahad.

Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 2 Mei depan.

Syarikat swasta di UAE pula akan mendapat cuti selama lima hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Bagaimanapun, kakitangan kerajaan persekutuan akan kembali bekerja iaitu pada 9 Mei 2022.

Ini adalah disebabkan 7 Mei dan 8 Mei juga merupakan hari Sabtu dan Ahad kerana kakitangan kerajaan tidak bertugas pada kedua-dua hari tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 25-4-2022 04:39 PM
Kat UAE sana tiada Hari Pekerja (sebagai cuti umum - macam di Korea Selatan, Jepun) kan?
Quote Decaffeinated 25-4-2022 05:18 PM
Malaysia lagilah cuti raya lebih 9 hari

Raya puasa + raya haji + raya cina + raya hindu + raya kristian + raya iban + raya kadazan.

Ereb mampu?



Quote nononcrux 26-4-2022 11:25 AM
sama la company aku bagi cooti 8hari yay

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054240 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top