CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yasmin Hani Tak Kisah Menjanda Sampai Bila-Bila

25-4-2022 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3146| Komen: 16

Pelakon Yasmin Hani akui hubungannya dengan pelakon Alif Hadi masih diperingkat awal perkenalan.

Kata Hani, 43, dia tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan dan bakal berkongsi berita gembira jika ada perkembangan baik.



Kredit foto: IG Yasmin 

“Sebenarnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan.

“Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti,” kata Hani kepada Astro Gempak.


Bercinta kembali selepas mengumumkan perceraiannya pada Disember tahun lalu, Hani memberitahu sikap sopan Alif, 34, membuatnya terpikat.

“Dia seorang lelaki yang sangat penyabar dan tidak suka memaksa. Malah seorang yang menghormayi orang serta sopan,” beritahunya.

Sementara itu, Alif, 34, pula mengakui tertarik perwatakan Hani yang disifatkan sebagai seorang wanita yang peramah, baik dan manis.

“Saya lihat Hani sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya.


Kredit foto: IG Alif

“Tapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing,” ujar Alif.

Bagaimanapun Hani tidak meletakan target bila dia bakal mendirikan rumah tangga kembali kerana yang penting hanya mahu mencari kebahagiaan.

“Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira,” kata Yasmin.


Kredit foto: IG 

Terdahulu, hubungan antara Yasmin dan Alif mula hangat diperkatakan selepas masing-masing memuat naik foto bersama-sama dalam Instagram.

Sekadar info, Yasmi pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu.


Kredit foto: IG 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. 
 

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 25-4-2022 09:13 PM
Dont downgrade urself dear..tp hint janda smpai bila2 tu pn ptt da phm la kan hahha
Quote rayna_raynes 26-4-2022 12:28 AM
whimsicalmusic replied at 25-4-2022 09:13 PM
Dont downgrade urself dear..tp hint janda smpai bila2 tu pn ptt da phm la kan hahha

i rasa dia lebih kepada tak nak berharap rasanya.

Quote cewekbopot 26-4-2022 07:54 AM
kenapa anak2 ada nama wong? ex husby takde bawa nama wong pun..
Quote Mamason 26-4-2022 04:06 PM
cewekbopot replied at 26-4-2022 07:54 AM
kenapa anak2 ada nama wong? ex husby takde bawa nama wong pun..

Tu la kenapa wong?
Quote Kurex 26-4-2022 04:17 PM
Iols pun tak kisah kau nak kawen lagi ke tak
Quote SonicSiLandak 26-4-2022 05:52 PM
kami pun tak kesah
Quote JunkMail 26-4-2022 05:59 PM
Mamason replied at 26-4-2022 04:06 PM
Tu la kenapa wong?

Sha'arin Wong sis... Surname bapaknya.
Quote cmf_premierleag 26-4-2022 06:00 PM
Lantak ko la nak kawen lagi ke tak
Beras kt rumah aku tetap tak berkurangan kalo ko kawen baru atau kekal menjanda yach
Quote lazim 26-4-2022 06:40 PM
hani ni mcm xpndai pilih jejans.  muka lawa mix tgkap la orka. ni dok cari sesama retis sendu jgk
Quote doubleA 26-4-2022 06:45 PM
Isa sebijik bapak, fotostat
Quote mamajawie 26-4-2022 10:35 PM
Mamason replied at 26-4-2022 04:06 PM
Tu la kenapa wong?

Wong la sedap kalau letak weng jadi lain pulak..
Quote Mamason 27-4-2022 09:31 AM
mamajawie replied at 26-4-2022 10:35 PM
Wong la sedap kalau letak weng jadi lain pulak..

Hahahahahaha ilang stress aku...weng sungguh!!
Quote Mamason 27-4-2022 09:36 AM
JunkMail replied at 26-4-2022 05:59 PM
Sha'arin Wong sis... Surname bapaknya.

Owhhh TQ sis sbb menyelesaikan persoalan mama... hehehe
Quote lasagna 27-4-2022 10:26 AM
doubleA replied at 26-4-2022 06:45 PM
Isa sebijik bapak, fotostat

noah pun sama ada iras apaknya juga, tang mat salleh tu dah tentu drp hani.
Quote hotmak 27-4-2022 10:48 AM
jauh beza umur, ke himpit sebab nak kasi terkenal je budak lelaki ni, sori iols tak kenal, hani ni kenal lah
Quote msdummy.2018 6-5-2022 04:55 PM
Tak suka tp raya amik gmbr bersama bertiktok bagai..xfhm aku...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.159532 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top